Beli Mi TV Stick tengok Mat Kilau dekat Netflix

Al-kisahnya sebelum ni aku tengok Netflix guna PlayStation 4 husband. Nak dijadikan cerita, riwayatnya sampai di sini sahaja. Kitorang dah gelabah la, bosan kalau tak ada Netflix. 

Astro dah lama terminate sebab membazir bulan-bulan bayar, itupun aku yang pujuk husband tukar ke Njoi bayar sekali seumur hidup. Buka kalau ada match bola yang tayang di tv pak mentua nak tengok. La ni pak mentua layan bola di phone sahaja dekat bilik. Habis cerita. 

Aku cadangkan dekat husband cari android box. Tapi aku tak sure yang mana sebab ada yang haram dan halal. Check dekat Shopee ramai guna Mi TV Stick. Portable dan sesuai untuk semua jenis tv. Ada tu aku baca dia bawa pergi travel, pasang di tv hotel sebab nak tengok Netflix.

Mi TV Stick review 

Mula-mula berbelah-bagi nak beli stick atau box. Baca review stick dah cukup walaupun 1GB sahaja dan tak berniat pun nak download banyak apps nanti. Lagipun tv Toshiba dekat rumah tak support 4K Ultra HD. Untuk makluman korang tv aku bukan dalam kategori smart tv pun. 

Untuk harga RM139.00 dapat Full HD dan 1GB RAM memang cukup berbaloi.  



Cara pasang Mi TV Stick

1. Senang betul nak setup Mi TV Stick ni. Mula-mula pasang dulu dengan power adapter yang dia bagi. Pastikan ada extra plug point la dekat area tv. 

2. Lepas tu cucuk stick dekat HDMI tv masing-masing. Dekat menu tv, pilih HDMI yang betul. 

3. Connect internet. Boleh guna hotspot phone yang stabil atau Wifi. Aku guna Unifi unlimited. 

4. Lepas tu login akaun Netflix macam biasa. Yang bestnya dekat remote Mi TV stick ada 2 hot keys iaitu Netflix dan Prime Video kalau nak cepat. 

5. Untuk remote kena pakai 2 biji battery AAA. 

Cara connect Bluetooth remote Mi TV Stick 

Satu kelemahan Mi Tv Stick ni adalah Bluetooth remote dia kadang-kadang terputus kalau jauh sangat dari tv. Nak reconnect kena tekan serentak dua butang dekat remote. Ada masa jadi, ada masa susah nak reconnect huhu. 

Macam-macam apps ada dalam android box ni. Husband ambil free subscription Prime Video untuk 7 hari. Dapatlah tengok beberapa movie yang exclusive Amazon Original sahaja macam cerita 13 Lives dan The Tomorrow War. Banyak cerita Hindi dan Tamil dalam Prime ni kalau minat. Sekarang ni tengah ada The Lord of The Rings series. 

Aku ingat nak subscribe HBO Go sebab ada cerita The Secrets of Dumbledore. Lepas tu tak silap ada filem khas Harry Potter reunion. Aku tak adalah die hard fan sangat, tapi zaman remaja aku membesar dengan novel dan filem Harry Potter. So memang follow la dari dulu. 

Kalau tak ada subscribe mana-mana streaming apps pun boleh je layan Youtube. Nak buka lagu dan radio pun boleh. Kadang ada kedai makan nak buka lagu je kan dekat tv, boleh guna Mi TV Stick ni. 

Ada fungsi screen mirroring menggunakan Chromecast especially kalau nak connect phone/laptop masa presentation atau meeting. 

Selain itu, boleh guna Google Assistant dengan suara sahaja pada remote Mi TV Stick ni kalau nak cari movie atau buka apa-apa apps. 


Review Filem Mat Kilau di Netflix 

Actually aku dengar Mat Kilau yang ditayang di Netflix adalah filem 'raw' tanpa potong atau tapis. Betul ke? Sebab ada isu tentang fakta berkaitan kesilapan nama sahabat Nabi yang disebut dalam cerita ni. 

Apa-apa pun aku suka lakonan Beto Kusyairy dalam cerita Mat Kilau. Memang pelakon favourite dari dulu. Cuma mesti dia sedih sebab skrip kurang mantap. Tengok cara berlakon pun, dia guna intonasi yang lebih sesuai berbanding pelakon lain.

Dari aksi memang puas tengok mereka bersilat ala-ala Hang Tuah dan sahabat. Tapi of course tak boleh lawan Puteri Gunung Ledang. Macam mana pun tahniah kepada penerbit filem Melayu sebab dah fokus lebih kepada filem sejarah berbanding cintan cintun atau rempit hehe. 

Post a Comment

2 Comments