Cawan Mas Coffee Review

Dekat Kluang ni memang popular kopitiam tapi yang selalu repeat MyKluang. Jaranglah yang lain-lain tu sebab harga agak pricey juga berbanding warung biasa unless sekadar nak makan sarapan roti bakar dan kopi. Kalau bawa kawan atau keluarga luar Kluang berbaloi juga kalau nak cuba kopitiam. 

Nanti aku compile la juga review kopitiam ni. Setakat ni aku pernah review Kluang Rail Coffee. Satu lagi wishlist aku adalah kilang kopi cap TV! Old Time White Coffee makanan sedap juga tapi dah lama tak makan sana.

Pilihan makanan memang banyak dekat Cawan Mas, yang best sebab ada chinese food yang rare macam yam cake. Ramai aku tengok order nasi lemak. Tapi aku rasa scene nasi lemak dekat KL lagi happening sebab banyak betul lauk pauk. Dekat Kluang ni paling fancy pun sambal sotong dan paru berlada. Ayam setakat ayam goreng. Alaa tengok je la nasi lemak Wak Kentut macam mana. 

Mungkin sebab sini banyak lagi pilihan sarapan yang best macam lontong darat, sate dan mi rebus. Rasanya lah.. cuma ada nampak satu kedai baru di Kluang Perdana iaitu nasi lemak bungkus yang dihidang dengan ikan bakar. Kemain.. 




Aku makan nasi buttermilk chicken dan husband pilih mee hoon kueh. Bagi aku average je untuk main meal dia tapi presentation cantik dan portion memuaskan. Yam cake aku first time makan tapi husband kata rasanya patut lagi sedap. 



Waffle dan ice-cream ok-ok sahaja order untuk Adam makan. Kopi ais memang sedap macam biasa. Roti kahwin tu memang kenalah regu dengan kopi. Rasa average saja, tak boleh lawan rail coffee. Macam kopitiam Hainan yang lain, biji kopi Liberica digunakan dalam penghasilan air kopi di sini. 

Cuma yang membezakan roti bakar kopitiam ni adalah kualiti butter dan kaya yang digunakan. Sometimes butter ditukar dengan margerin itu memang out. Kaya pula bukan homemade, rasa manis mendominasi berbanding lemak telur. Satu lagi faktor ialah cara roti dibakar, perlu garing tapi tak boleh hangit. Roti pula kena gebu lembut. Nak cari yang sedap tu memang kena cuba semualah. 
 

Ruang makan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu luar dan dalam (air-conditioned). Sangat selesa dan luas untuk makan bersama family dan kawan-kawan. Bila datang Kluang jangan lupa cuba ye. 

Post a Comment

0 Comments