Cekodok pisang viral sebab ada yang commercialize, letak brand letak packaging cantik. Demand pun ada sebab ramai juga yang fail goreng cekodok. Tapi part cekodok pisang frozen, macam tak boleh terima pula. Kalau teringin apa kata cari je gerai pisang goreng tepi jalan 😂
Resipi cekodok pisang (rasa pisang lebih)
3-4 biji pisang berangan dilenyek
2 sudu besar gula
1 biji telur
6 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
- Campur semua bahan kecuali tepung hingga sebati. Tambah tepung sehingga dapat adunan yang jatuh perlahan dari sudu.
- Pastikan minyak panas dan jemputkan cekodok dengan jari yang basah
- Golekkan cekodok dan goreng hingga gelap.
Honestly masa awal belajar masak, cekodok pisang Rin serap minyak. Rin belajar dekat Youtube juga nak dapatkan cekodok bulat, crispy di luar lembut di dalam. Ratio tepung gandum:tepung beras agak-agak sehingga adunan jadi sedikit kental.
Rin tak pakai baking powder atau baking soda, husband tak minat. Dia cakap rasa kuih bom pisang bukan cekodok.
Sekarang buat untuk minum petang anak-anak, Rin letak telur untuk tambahan protein mereka. Gula pun 2 sudu besar sahaja. Rasa pisang kena lebih jadi adjust tepung supaya tak terlalu banyak.
Tak bulat tak apa (kena guna minyak banyak), janji rangup dan lembut walaupun dah sejuk.
Selalunya macam itulah, banyak resipi & tips dikumpul akhirnya alter sendiri ikut selera keluarga.
Resipi cekodok pisang bulat-bulat ala Rembayung
3-4 biji pisang berangan dilenyek
3 sudu besar gula
1 biji telur
6 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil baking powder
- Campur semua bahan kecuali tepung hingga sebati. Tambah tepung sehingga dapat adunan yang jatuh perlahan dari sudu.
- Pastikan minyak panas dan jemputkan cekodok dengan jari yang basah.
- Golekkan cekodok dan goreng hingga gelap.


0 Comments