Kuih Talam Zarina Cafe Kluang

Kuih talam sering menjadi pilihan dessert kenduri kahwin sebab muai dan menepati selera tetamu. Walaupun dipotong kecil, Rin suka sebab boleh rasa pelbagai jenis. 

Antara yang sedap Rin pernah rasa ialah talam durian. Pulut lembut berlemak berganding dengan kastard isi durian yang wangi dan tak terlalu manis. Bila craving kuih talam Rin singgah ke Zarina Cafe di Taman Makmur. 

Kuih Talam Zarina Cafe Kluang



Sebelum ni Rin datang kuih talam disusun di luar sahaja, baru-baru ni mereka susun di showcase chiller untuk lebih tahan lama. Ada hampir 20 jenis kuih talam dan kuih lapis yang Zarina Cafe tawarkan. Kalau nak beli Talam Jumbo RM45 boleh buat tempahan awal di 0197236550. 


Selain kuih talam dan kuih lapis ada mereka juga jual kuih bingka pandan, bingka jagung, kerepek dan biskut raya. Rin beli wajik dan kuih dangai. Sebenarnya Rin mencari kuih berasaskan ubi kayu tapi owner kata production belum mula proses ubi kayu. 

Satu lagi sebab Rin tak beli kuih talam hari tu sebab tak ada kotak "mix". Waktu puasa kadang owner campur-campur pelbagai jenis talam dalam 1 bekas (6 biji RM3.00). 

Antara talam yang Rin suka ialah talam suji dan talam sagu. Talam sagu ada tekstur kenyal-kenyal dan lembut dari lapisan gula melaka dan pandan. Husband pula suka kole kacang yang ditabur tahi minyak. 



Menu & Harga Zarina Cafe


Post a Comment

0 Comments