Mee Tarik Warisan Asli

Mee Tarik Warisan Asli ni antara our go-to lunch/dinner place bila jalan-jalan dekat mall. Kalau tak memang fast food je la. First time rasa di BP Mall, lepas tu mereka buka di Kluang Mall. Lama tutup lepas tu buka semula. Honestly kualiti makanan di outlet terbaru lebih baik. 

Mee Tarik Warisan Asli


Pilihan Rin kali ni memang tak nak sup-sup, nak mee tarik stir fry/goreng. Rin order mee tarik kuah istimewa. Kuah tomato rasa seakan bolognese, ada daging, cendawan & sayur cincang. 

Mee sup husband refreshing, yang penting tak masin. Cuma daging kurang empuk dia kata. I wonder jugalah, kenapa mereka masih ada isu daging liat memandangkan daging adalah main ingredient. Rin cakap dengan husband mungkin staff tak ikut SOP hari tu huhu. 


Dumpling daging rasa freshly made, kulit nipis dan isian daging secukupnya. Bila cicah dengan chili oil memang sedap. Cuma tak pedas/kick sangat chili oil mereka. Rin lagi suka versi My Chili Noodles (kedai makan di basement Kluang Mall). 


Masa di Kipmall Tampoi kami ada rasa mee tarik juga di foodcourt (Mee Tarik Asli Corner). Harga slightly murah, portion sederhana. Rin rasa mee tarik black fungus. Sedap, not bad. 

Maybe nak cuba masak sendiri lepas ni campur cendawan & bell pepper in case beli mee wantan/tarik. You guys rajin tak recreate balik meal yang sedap atau geng "baik makan kedai"?



Post a Comment

0 Comments