Nasi Arab Wadi Hana Elarabi

Bila jalan-jalan ke Johor Bahru, husband suruh Rin cari kedai Arab sebab favorite husband nasi mandy. Sebelum ni dah cuba Zaituna, kali ni kami cuba Wadi Hana Elarabi. 

Review Wadi Hana Elarabi

Alamat: 1,1A,3A, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: 11.00 pagi -10.30 malam 


Husband akan pesan nasi mandy ayam macam biasa. Rin suka cuba yang rare sikit, Rin pesan Bamia Lamb yang dihidang bersama roti arab. Untuk Adam, mudah sedikit sebab kedai Arab confirm ada cheese pizza (dalam menu namanya Margarita tapi request tak nak olive). Aleena kongsi nasi dengan papa.

Masa kami datang ni, cuti Chinese New Year beberapa hari sebelum puasa Ramadan. Ramai juga orang waktu ni tapi tempat luas dan selesa jadi tak jadi masalah. Surau pun ada disediakan bagi yang ingin menunaikan solat. Nasi mandy di sini gebu, flavourful ayam pun masih juicy. Husband ada order hummus juga sebab dia suka rasa lemak-lemak kacang kuda dengan minyak zaitun. 

Bamia Lamb ni adalah kambing yang dimasak bersama bendi dan tomato taw surprisingly bendi tak hancur atau berlendir sangat pun, tekstur just nice. Kambing lembut boleh tanggal dari tulang, kuah rempah tak terlalu kuat. Kalau nak digambarkan rasa macam beriani kambing tapi lagi light rasanya. 


Pizza Arab tak pernah mengecewakan. Roti lembut dan cheese tak kedekut. Adam agak cerewet makannya tapi setakat ni dia tak pernah tolak kalau pizza Arab berbanding kalau Rin belikan dia Pizza An-nur, Adam kurang gemar roti/base yang digunakan. 

Post a Comment

0 Comments