Secret Recipe keluarkan nasi arab sempena Ramadan yang lalu. Memandangkan nak sambut birthday Aleena juga (3/3/2026) kami decide untuk berbuka di Secret Recipe. Nervous juga Rin sebab dah lama tak iftar di luar memandangkan waktu singkat nak makan dan solat. Asyik terfikir kena book dulu atau walk-in terus. Rupa-rupanya boleh terus datang dan pesan makanan.
Chef Sid's Nasi Arab
Husband suka nasi Arab jadi dia pesan nasi arab ayam. Bila sampai tu nampak muka dia terkejut sebab tak sama macam gambar iklan, ayam agak kecil dan portion nasi sedikit. Rin tergelak je tengok reaksi husband. Tak apalah, jarang makan di Secret Recipe. Nama pun fine dining 🤣
Untuk kek, Rin claim voucher guna member's point jadi tak perlu bayar. Cuma kena bagitahu staff split bill sahaja. Syarat nak guna voucher minimum pembelian RM30.




0 Comments