Rin masih berkongsi, masih menulis tapi bila menulis di media sosial (Facebook, Thread, Instagram) kadang motivasi dikaburi dengan nilai engagement. Berbanding menulis di blog, Rin tak pernah mengharapkan respon/feedback. Tapi bila ada yang nak komen apa salahnya, lagi semangat kita!
I will update my life here - of course makanan/minuman sebab hari-hari kena masak haha. Weekend makan di luar - cari restoran baru/viral sekitar Kluang. Review filem/siri Netflix mungkin akan ada juga sebab rajin juga Rin tengok lepas tidurkan anak-anak pukul 9 malam.
My recent meal - pulut durian. Duduk di Kluang ni lambat sikit nak rasa durian murah, siapa setuju? Tempat lain dah jual lambak dah, dekat sini masih guna per kilo.
Musang King nak turun RM10-RM15 pun ambil masa. Rin percaya ada yang lagi murah. Cuma kena hati-hati ada pokok tua, ada pokok muda. Rin dengar buah yang berpenyakit juga dijual!
Berbalik kepada pulut durian, husband Rin komen pulut tak cukup lembut. Rin guna teknik kukus dan gaul santan. Tapi mungkin tak cukup cecair atau waktu mengukus.
Keesokan harinya Rin tambah lagi santan cair dan panaskan dalam microwave je! Jadi lembut dan lebih sedap. Nak guna teknik tanak dalam rice cooker ada nasi ayam pula ah malasnya dekat situlah haha.
Rin beli durian IOI (ke 101?) dah siap kopek 2 bekas RM50, tapi bila nak makan waktu malam dah masam huhu sedihnya. Padahal Rin simpan dalam fridge. Don't worry siang dah makan sebekas.
Rin hadap je la sebab rasa sayangkan lepas tu tanya chatgpt apa kesan makan durian masam! Nasib baik tak kembung/sakit perut.

0 Comments