The Coffee Diver ni rupanya dah banyak cawangan di seluruh Malaysia, Rin ingat cafe baru di Kluang. Franchise kopi macam Kopi Saigon, I guess? Tapi The Coffee Diver fokus kopi lokal dari setiap negeri seperti Kedah, Penang, Melaka. Kopi Kluang pun ada.
Kebanyakan outlet yang ada hanya take away kiosk, dekat Kluang ni special sikit ada indoor sitting. Kalau nak makan, mereka ada jual waffle, croffle, ada nasi lemak dan kuih (karipap, donut).
The Coffee Diver Menu & Harga
Alamat: No 4, Ground Floor, Jln Md Lazim Saim, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 8.30 pagi - 5.30 petang
Husband pesan Jerlun Mocha RM8.90 dan Rin pesan Hazelnut Chocolate RM9.50 untuk minum dengan anak-anak. Style kopi ais dekat sini dia frothy jadi lebih berlemak, light. Tak manis sangat just nice.
Waffle coklat RM5.90 untuk Adam snacking. Rasa waffle standard sahaja.




0 Comments