Kecek Klate di Pasar Siti Khadijah

Jalan-jalan Kelantan tak sah kalau tak singgah Pasar Siti Khadijah. Ini merupakan lawatan kali kedua bagi Rin, masa belajar di kolej dulu (2014) ada ikut kawan Rin iaitu Dini explore Kota Bharu. Kami pergi pasar, muzium, istana dan Nasi Ulam Cikgu. 

Cuti sekolah kali ni Rin dan keluarga serta keluarga makcik datang ke Kelantan untuk memenuhi undangan walimatul urus sepupu/anak saudara di Wakaf Bharu. Bertolak dari Kluang melalui jalan Mersing pukul 3.00 petang dan sampai di Wakaf Bharu pukul 5.00 pagi. Ada berhenti makan malam di Pekan, Pahang. 

Selera Giant, Pekan Pahang


Rin dan husband makan chicken chop & chicken grill. Ahli keluarga yang lain ada makan nasi dan tomyam, nasi goreng. Sate masih juicy dan empuk, kuah kacang halus tak pedas. 



Pasar Siti Khadijah 


Selesai urusan kenduri kahwin, kami ke pasar. Masa nak ke pusat bandar, memang jem alhamdulillah dapat parking berhadapan pasar kena jalan sikit je lintas jalan. 

Aras bawah memang banyak kedai buah, sayur dan kedai emas (ramai orang cari emas!). Jadi kami ke Tingkat 1 cari Medan Selera. Banyak kedai jual mi celup dan nasi berlauk.

Jauh juga Rin jalan pusing cari nasi kerabu. Bila dah makan baru perasan tak ada sambal tumis style di Kluang. Sini pakai sambal cili + budu. Ayam goreng garing total harga RM9.00. Sini ulam hijau ada extra sikit. Serunding ikan agak manis. 


Husband beli nasi khaomok RM6.00 sedap bagi Rin, nasi berempah ala beriani. Salutan ayam pun berasa. Regu pula dengan teh ais ikat tepi RM2.00 warna mengancam betul minum waktu panas. 

Rin ada beli kuih sekaya nangka, sekaya telur dan bingka kelapa. Beli buat rasa-rasa sepotong satu 50 sen. Bagi Rin manis berlemak, sedap makan. Rin tak beli kuih "kuning" macam tahi itik, jala emas sebab dah tahu manis leting. Pernah kirim dengan kawan orang Klate masa belajar kolej dulu. 

Adik Rin actually nak beli kuih lompat tikam yang viral tu, rupanya kena ke Zon Kuih-Muih tingkat bawah. Waktu kami datang dah pukul 12.30 tengah hari tak pasti ada lagi ke tak. 



Macam biasa ada beli ole-ole sikit, Rin beli dodol dan gelembung buaya (ni favorite!) Husband pula memang cari gula tarik. Makcik Rin ada belanja serunding daging. Adik-adik Rin dok kecek klate dengan harapan dapat diskaun. Tapi rasa harga sama je. 

Rin tak tahu nak beli apa lagi. Ikan bekok macam viral juga tapi Rin tak sempat rasa. Sehari di Kelantan dan petang tu kami bertolak ke Terengganu untuk percutian sebenar 3H2M. 

Solat di Masjid Beijing, Rantau Panjang 

Singgah Masjid Beijing, sejam dari pasar. Tak sangka dah dekat dengan Thailand bila perasan ada roadblock polis sempadan. 

Rin bukan nak mengeluh tapi betullah kebanyakan masjid ruang tandas/wuduk jauh dari tempat solat wanita (ada kemungkinan terserempak dengan jemaah lelaki). Dah kena buka kasut tapi selipar tak ada pula. Jadi kena menapak jauh dan lalu tangga besi. 


Sejuk hati sikit bila ibu Rin belanja aiskrim kelapa ni, peniaga dari Thailand jual. Ada sagu, pulut dan roti bawah aiskrim ni. Topping pula jeli kelapa, kacang dan sos coklat. Cuma agak manis dan kurang rasa kelapa. Rin pernah rasa aiskrim kelapa berlemak lebih rasa santan. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Aiiiih jadi teringin saya ke Kelantan 😍😍😍. Sebenarnya Desember esok Kelantan dah masuk plan saya untuk di visit. Tp mengingat cuaca Desember tak elok, jadi saya terpaksa hanya visit Johor, Terengganu dan KL saja untuk Desember trip.

    Padahal memang teringin nak rasa kuliner Kelantan ini 😍😄.

    ReplyDelete
  2. Kak SA baru buat nasi Khowmok tu..beli rempah2 dia kat Tik Tok...tapi version nasi berderai la...sedap ayam goreng tu...

    ReplyDelete
  3. Kelantan dan Terengganu one of their attraction is makan.. dan makan.. dan makan lagi hahahaa..

    ReplyDelete
  4. Makanan murah juga, dan ada macam-macam dekat pasar tu. Boleh minta kurang kalau datang awal pagi, cakap kita datang jauh, tapi tengok rezeki juga, kalau beli banyak, boleh kot. Suami saya orang Tumpat, jadi kadang kalau rajin, kami beli banyak serunding di pasar, nak bawa balik Perak.

    ReplyDelete
  5. Kalau Terengganu ada Pasar Payang, Kelantan pula ada Pasar Siti Khadijah. Belum pernah lagi sampai Kelantan ni. Paling jauh pantai timur pun sampai Terengganu tu je lah.
    Jauh perjalanan tu dari Kluang. Tapi kalau dapat singgah Mersing pun best jugak.
    Murah betul nasi khaomokkat sana. Sini harga berbelas, puluh pun ada. Kat sana sebab sempadan kot kan.
    Suka kuih lompat tikam. Kat sana mostly manis-manis je kuih muihnya. Mengancam betul teh ais ikat tepi tu haa..panas-panas sedut confirm cepat habis.
    Betul tu Rin, jauh menapak nak pergi ambil wuduk dan ke toilet tu. Kesian warga emas tercari-cari dan kena jalan jauh.

    ReplyDelete