Roti Payang Pok Syed, Nasi Arab Terengganu

Dah sampai Terengganu pergi makan nasi arab?! Al-kisahnya dah sampai Kuala Terengganu selepas 3 jam perjalanan dari Rantau Panjang Kelantan. Dalam perjalanan ke homestay jumpa kedai roti payang. Yang kelakarnya husband ingat roti payang/tempayan ni roti saiz besar. Sebenarnya roti payang ni roti naan versi Melayu. 

Roti Payang Pok Syed 


Nak order goreng-goreng panas waiting time lama gila staff bagitahu awal-awal (malam merdeka). Jadi kami makan roti payang cicah kari kambing dan kari ayam. Kari kambing pekat dan empuk. Memang kena cuba. 


Secara jujurnya, ada beza roti payang dengan roti naan. Roti payang ramuannya lebih ringkas, rasa pun plain berbanding naan yang menggunakan yogurt ada sedikit berlemak. 

Roti payang lembut tapi sedikit padat berbanding tekstur naan yang agak gebu ringan. Perbezaan ini menyebabkan roti payang lebih sesuai digandingkan dengan kari bersantan yang flavorful.

Nasi Arab Al-Badia


Tak puas makan takut lapar sebab sekeping roti payang Rin kongsi dengan Aleena & Adam. Kami ke kedai sebelah je iaitu Restoran Al-Badia. Set nasi mandy ayam & kambing berharga RM35. Nasi lembut berasa, ayam dan kambing empuk. Cuma salata harah terlalu pedas huhu. At the end tak habis, kami bungkus bawa balik ke homestay. 


Post a Comment

7 Comments

  1. dah bayang dah roti payang adalah roti tempayan. orang ganu ambil dua suku kata terakhir dan buh huruf G dihujung...hahaha. tapi agak menarik nampaknya

    ReplyDelete
  2. Aiiiih boleh lah nanti saya masukkan juga kuliner ini dalam ITIN saya saat ke Terengganu Rin 😍😍😍. Nampak sedap. Apalagi kari kambing nya. Memang dah terbayang sesuai sangat makan dengan roti payang ini

    ReplyDelete
  3. satu set tu boleh makan 2 orang ye..masuk list la nasi arab ni..

    ReplyDelete
  4. ooo baru tahu perbezaan roti ni dgn roti naan
    sy igt kan nama payang tu sbb dekat dgn pasar payang pada hal.... hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tahu roti payang ni... wajib dicuba kalau ke terengganu huhuuu... ingat ada pasar payang jer hahahaa

    ReplyDelete
  6. Saya baru tahu tentang roti payang ni. Jadinya, kalau pergi Terengganu kena cuba juga roti payang ni lah ye. Kalau macam roti nan tu bolehlah makan.

    ReplyDelete