Nak tempat makan western yang selesa sikit berbanding Kampung Itali, Rin cadangkan ke Khafi Pasta & Grill. Pasta dekat sini pun sedap-sedap juga style Souqapasta Akiejack. Variasi menu pasta lebih extensive dekat sini harga sekitar RM15-20 kecuali order lamb grill.
Khafi Pasta & Grill Menu & Harga
Creamy Tomyam Pasta RM14.50, main protein ialah ayam, rasa creamy pedas. Honestly Rin rasa seafood lebih kena dengan tomyam dan Kg Itali ada rasa tomyam yang lebih deep. Maybe next time boleh cuba prawn creamy tomyam mereka.
Mac & Cheese RM16.50, husband & Aleena suka sangat 2 kali dah order, cheesy & creamy. Ada sedikit potongan ayam dan topping streaky beef/chicken pepperoni. Recently Rin ada cuba prawn mac & cheese Secret Recipe pun sedap!
Marry Me Pasta RM15.50, first time Rin rasa pasta viral dekat Tiktok ni. Based kuah dia tomato puri dan rasa creamy dari cooking cream, parmesan cheese. Masam, creamy dan slightly pedas.
Fish & Chips RM15.50 (New price: RM18.50) Good quality fish & chips sedap makan dengan tartar sauce. Rin rasa mayo ada campuran pickle cucumber ala-ala sos big mac juga.
Carbonara with chicken grill RM19.50, favorite husband juga sebab rasa lebih kurang fettuccine alfredo Kampung Itali. Chicken grill perapan simple dan masih juicy.
Menu pasta lain yang Rin curious nak rasa ialah pesto sebab rasa unik dengan bahan yang digunakan iaitu daun basil dan pine nut. Mereka ada creamy cili padi pesto, maybe next visit nanti Rin review macam mana.
Rin perasan sekarang ni dekat kedai western ada menu ramen. Why ada ramen samyang yang pedas tu? Sebab budak-budak suka! Ada demand, jadi mereka selitkan juga.
Kalau bawa orang tua yang tekak tak masuk sangat dengan pasta (contohnya my own mum), boleh order nasi goreng dengan chicken grill/chop.
Sedapnyaaa....fav suami dan anak akak ni...akak suka aglio olio...creamy2 ni x berapa terima dek tekak..dapat gril2 pun best
ReplyDeleteAlaaah , teringinnya kesanaaa. Tapi cukup jauh dari JB yaaa. Cuma kalau saya selit2kan ITIN saya, bisa saja mampir kejab ke Kluang lah. Anak saya suka sangat pasta, saya pun sama. Memang puas makan di sini 😍😍
ReplyDelete