Cuaca sejuk-sejuk macam ni sedap pekena bakso. Tempat favorite Rin dan keluarga ialah di Bakso Khas Sunda. Sebelum ni Rin ada review bakso Mak Ude Ayam Penyet.
Bakso Khas Sunda
Bakso dan Mi Ayam
Sup bakso direneh bersama tulang dan tetel daging, rasanya sangat rich dan refreshing. Yang penting cukup seasoning, tak masin.
Kalau nak lagi sedap, makan daging bakso bersama kicap, sos cili dan sambal. Bakso kerikil berharga RM8.50, manakala bakso beranak RM17. Daging bakso lembut kenyal, rasa meaty lebih.
First time Rin rasa mi ayam, rasanya sedikit berempah. Mereka pakai mi maggi yang dicelur. Tapi Rin rasa tak repeat sebab rasa tak fulfilling berbanding kalau makan bakso mihun. Harga RM10.50 untuk mi ayam bakso.
Ayam penyet & ayam gepuk
Ayam gepuk dekat sini RM15 taw! Tapi size ayam besar, sambal pun ok. Rin tak makan, husband yang order.




0 Comments