Review Ayam Goreng McD 3X Spicy Terbakar Perut!

Hye guys. Aku memang dah lama 'cancel' ayam KFC. Aku ingat lagi sekolah rendah dapat 90% masa exam, cikgu belanja KFC. Kalau nak makan sebab nostalgik, rugi sangat. Sebab apa? Kualiti dah kelaut, servis makin teruk. Kami pernah dapat ayam berbau, tak cukup masak, tak pedas, tak crunchy. 

Nasib baik McDonald's keluarkan ayam goreng juga. Malangnya aku tak pernah rasa yang original sebab dah suka sangat yang spicy ni:
  • Saiz ayam goreng besar
  • Coating rangup
  • Ayam pedas terasa sampai isi
  • Dah sejuk pun masih sedap

In case kalau kawan ajak makan McD, pilih ayam goreng sebab bukan processed food. Selamat diet kau haha. Aku selalunya akan tukar air kepada Iced Latte tanpa gula. Aku rasa McD patut adakan Coke Zero.



Nasi Lemak McD Set B RM17.36 (2 ketul ayam spicy) Rate 8/10!


Nasi Lemak McD Set A RM14.53 (1 Ketul ayam 3X spicy) Rate 5/10!

 Boleh nampak betapa merahnya 3X spicy. Aku rasa tak akan repeat sebab:

  • bila aku makan pedas sangat sampai sakit tekak
  • aku terus sakit perut 
  • makan dengan nasi lemak pun tak kurang pedas dia
  • isi pun pedas, apatah lagi kulit

Aku rasa aku akan stay dengan spicy sahaja haha. Nasi lemak dan sambal ok-ok. Masa aku beli ni nasi keras sikit. So, will you try 3X spicy?! 


Kalau nak makan ayam sahaja boleh order 5 ketul RM19.99.


Post a Comment

0 Comments