Hi guys. Texas Chicken ni actually baru buka di Kluang, sekitar May 2020. Aku dan husband memang suka cuba makanan baru tapi pengalaman pertama makan di Texas Chicken agak mengecewakan.
Texas Chicken
📍Kluang Mall
Kali kedua pergi, aku hanya nak beli Honey Butter Biscuit, tapiii kecewa lagi. Tekstur mampat dan keras! Tak macam first time makan, dalam lembut luar crunchy. My husband pula suka Jalapeno Bombers, memang pedas dan so cheesy. Makan panas-panas sedap! Itu je best haha.Lama kami 'puasa' Texas Chicken sehinggalah keluar beberapa menu menarik. Antaranya ialah Glazed Herb Garlic Fried Chicken.
- Seperti namanya, ayam goreng ni coating manis seimbang dengan rasa bawang putih dan wangi herba.
- Ayam masih juicy dan bahagian luar di masak rangup.
- Coating tak kedekut dan sekata.
- Aku ada order ayam goreng original. Ayam goreng ni tak ada bau wangi macam KFC tapi lebih segar, besar dan isi lembut berbanding KFC.
Set 2 ketul ayam goreng ni datang dengan sebiji biscuit dengan coating yang sama. Seperti yang dijangkakan, tekstur biscuit kali ini lebih baik. Dalam lembut macam roti dengan luar yang rangup.
RM18.80 (2 ketul ayam, 1 biscuit, 1 mashed potato, air ambil sendiri dan free flow) Rate 8/10! |
Ayam goreng original saiz memang besar dan isi juicy. Rate 7/10! |
Zesty Crunch Wrap RM13.99 (1 Wrap, 1 ayam, 1 mashed potato, air ambil sendiri dan free flow) Sedap dan pedas tapi tak puas makan haha. Rate 6/10! |
Satu lagi menu yang menggamit kenangan aku belajar di India dulu ialah Tex Masala! MashaAllah sedap betul kari masala dia. Tapi rasa memang tak cukup, kalau boleh nak kari banjir.
Tex Masala dua-dua dah rasa, Spicy Korean je belum rasa. Agak-agak sedap juga tak? |
Baca juga: Texas Chicken: Mexicana Burger dan Spicy Korean Rice Bowl Memang Pedas Tapi....
0 Comments