Hye guys. Sebelum ni kalau pergi jalan-jalan Kluang Mall mesti tak ada idea nak makan apa, especially snacking la. Terlalu banyak kedai sushi! Tapi baru-baru ni diorang dah bawa masuk Auntie Anne's dan Llaollao.
Sebelum tu aku nak review makanan dari Subway. Dulu masa belajar di Kolej MARA Banting, ada seorang kawan kolej lelaki belikan aku Subway Meatball Marinara. Dia balik outing dari Alamanda Putrajaya.
Itulah kali pertama makan, orang kampung la katakan. Sedapnya lain macam walaupun roti dah mula benyai! Haha. Bila orang belanja, lain macam auranya. Awal-awal pelik juga sebab meatball memang gedabak, susah nak makan. Ingat macam sandwich biasa. Rupanya banyak pilihan lain.
Subway
📍Kluang Mall
Cheesy Meat-Bowl RM9.90 (5 biji meatball, marinara sauce, mozarella cheese) Rate 9/10! |
Bila sampai di Manipal, ada Subway di foodcourt! Apa lagi memang boleh dikatakan seminggu sekurang-kurangnya sekali akan makan Subway. Tapi waktu tu tak tahu roti apa yang sedap, sos apa yang padu.
Main pilih sahaja antara yang menjadi pilihan Roasted Chicken dan Teriyaki. menu Subway India ada pilihan untuk Vegetarian iaitu Aloo Patty (kentang) dan Paneer Tikka (cottage cheese).
Bila balik Malaysia, tak kena tekak pula bila makan Subway. Subway India tetap di hati sebab ayamnya sangat juicy dan berperisa. Rempah India jangan main-main ye. Waktu tu suka sos Sweet Onion dan Chili.
Husband suka makan Subway juga, dia pujuk suruh try lagi Subway. Dia suruh cuba roti Honey Oat, sos pula Ranch, Mustard dan Chipotle. Worth to try! Memang sedap. Kena pandai mix and match sos rupanya. Dengar kata dekat Tiktok famous orang cadangkan roti Hearty Italian.
Meatball so meaty and juicy. Lepastu rasa macam best kalau kuah ni dapat cicah roti. |
Mushroom and Cheese Toasties RM4.25 Rate 8/10! |
Mushroom berlemak! Nampak tak generous sangat dia bagi. Lepas tu makan roti bakar dengan marinara sauce. Umph! |
0 Comments