Review & Swatches Maybelline Superstay Matte Ink (Nude)

Ramai yang cari lipmatte yang tahan lama kan (claim 16 Jam), wajib cuba Maybelline Superstay Matte Ink ni! Berdasarkan kebanyakan review yang aku baca, lip matte ni memang susah nak tanggal especially kalau pakai micellar water sahaja. Jadi kena ready oil cleanser contohnya macam Hada Labo Oil Cleanser. 

Maybelline Superstay Matte Ink (Nude)

Review Maybelline Superstay Matte Ink (Nude)

Aku cuba shade Seductress 65 dan Versatile 210. Apa yang best:
  • Aku suka design applicator dia sebab tirus, senang nak sapu hujung bibir tanpa kesan comot
  • Warna sangat pigmented dan high coverage, orang yang bibir hitam tak perlu risau 
  • Cepat kering dan tak transfer dekat mask, straw! 
  • Aku lebih suka Versatile berbanding Seductress. Seductress pink nampak terlalu soft/pucat bagi kulit tan aku. Husband siap cakap, "Mana bibir mama?!" LOL
  • Versatile warna warm pink, peachy

Swatches Maybelline Superstay Matte Ink (Nude)

Tapi... aku tak akan beli shade lain lagi sebab:

  • Bau lipmatte agak kuat bagi aku 
  • Lepas makan makanan berminyak (aku makan mee kari) bibir jadi melekit (tacky), kurang selesa.
Lipmatte ni agak popular, jadi pengalaman orang lain maybe berbeza dengan aku. Ada orang memang tak suka reapply lipstick, especially yang bekerja this is for you. Bagi aku, tak jadi masalah untuk reapply, ready je dalam handbag hehe.. 

Kode warna lain Maybelline Superstay Matte Ink (Nude)

Antara shade yang famous:
  • Fighter 75 dan Amazonian 70 (Shade coklat)
  • Self-starter 130 
  • Ruler 80
  • Inspirer 125

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu