llaollao Menu : Cara order llaollao murah setiap Rabu!

Jun yang lalu llaollao keluarkan figurine comel Transformers sempena filem ketujuh franchise ini iaitu Rise of the Beasts! Ramai peminat tegar yang beli sakan  llaollao semata-mata nak collect ketiga-tiga figurine limited edition ni sebab dalam blinded pack jadi susah nak dapat semua. Husband Rin lucky sangat sebab dapat figurine glow in the dark dan voucher untuk free 2 small tube llaollao. 

llaollao



llaollao

llaollao (yao-yao) ialah frozen yogurt yang diperbuat daripada 53% susu skim dan 33% yogurt berkualiti tinggi, berasal daripada Sepanyol. Kalau dulu biasa beli Tutti Fruitti mesti boleh jangka rasa frozen yogurt (froyo) ni yang berlemak dan sedikit masam. Sebab itu froyo di llaollao dihidang bersama banyak topping untuk jadikan ia lebih enjoyable untuk semua lapisan umur dan dalam masa yang sama dapat menikmati khasiat yogurt itu sendiri. llaollao turut menjual Smoothies iaitu campuran buah-buahan bersama frozen yogurt berharga Rm16.90.

Nutrisi dan kalori llaollao sesuai untuk diet 

Frozen yogurt ialah sumber protein yang bagus, tinggi dengan kalsium dan probiotik yang baik untuk sistem pencernaan. llaollao mempunyai kandungan lemak dan kalori yang rendah. Kalori bagi small tube frozen yogurt tanpa topping ialah 144kcal menjadikan ia alternatif terbaik berbanding aiskrim. Bagi 100g frozen yogurt kalorinya ialah 109kcal. 

Pemilik llaollao Malaysia 

Tan Kai Young (Pengarah Woodpeckers Group Sdn Bhd) adalah individu yang membawa masuk llaollao ke pasaran Malaysia sejak tahun 2015 dan kini mempunyai kira-kira 80 cawangan di seluruh Malaysia. Outlet di Pavillion, Kuala Lumpur adalah flagship store terbesar dunia yang menawarkan produk istimewa seperti llaollao brioche dan brownies.
Baca juga:

Status Halal llaollao 

llaollao telah mendapat status halal JAKIM sejak Oktober 2022 

Cawangan llaollao 


llaollao Kluang Mall 

llaollao Menu dan Harga Terkini 

SIZE

TOPPING

HARGA (RM)

Small

1

13.90

Medium

3

17.90

Large

3

20.90

Sanum

6 (3 fruits, 2 crunches, 1 sauce)

20.90

TAKEAWAY

Single llaobox

3

29.90

Twin llaobox

5

56.90

Apple Takeaway (750g)

3 (1 fruit, 1 crunch, 1 sauce)

69.90

Grab-n-go (210g)

3 (1 fruit, 1 crunch, 1 sauce)

25.90

 

SMOOTHIES

Coconut

Banana, chocolate, frozen yogurt

16.90

Bariloche

Strawberries, banana, frozen yogurt

16.90

Golden

Mango, frozen yogurt

16.90

Red queen

Fruits of the forest, frozen yogurt

16.90

SMOOTHIES WITH FROZEN YOGURT

Golden plus

Mango, frozen yogurt, mango sauce

20.90

Split

Banana, creamy caramel sauce, frozen yogurt

20.90


llaollao Topping dan llaollao Sauce

llaollao topping


Cara order llaollao topping dan llaollao sauce waktu diet

  • Pilih saiz tub sama ada small, medium, large atau sanum. Alang-alang ambil large terus boleh share ramai-ramai
  • Pilih topping yang terdiri daripada buah-buahan, biskut dan sos coklat/sos jem buah. Yang ni ikut musim buah dan availability dekat outlet tu sendiri
  • Boleh pilih 3 jenis topping setiap satu dari kategori di bawah. Tak wajib taw ambil setiap satu, kalau nak tiga-tiba buah pun boleh
  • Suggestion Rin jangan ambil buah yang masam sebab nanti berkerut dahi nak makan. Boleh pilih buah naga atau buah tembikai susu
  • Untuk crunches, semua sedap sebab manis-manis. Tapi kalau tengah diet, boleh letak granola/kekacang atau skip je crunches ambil lebih buah
  • Untuk sos, yang sedap black chocolate dan chocorock sauce. Pistachio bagi Rin terlalu manis
  • Kalau nak letak lebih ada extra charge RM2.50 (2 sudu)

llaollao TOPPINGS (Extra Topping RM2.50)

FRUITS

llaollao CRUNCHES

lloallao SAUCES

Mangga

Crunchballs

Chocorock

Strawberry

Oreo crumb

Pistachio

Anggur

Chips Ahoy

Ovamaltine

Tembikai

Almond Crocanti

White Chocolate

Buah naga

Honey quinoa granola

Black chocolate

Kiwi

Lotus crushed caramel biscuit

Nocilla Hazelnut

Tembikai susu

Conguitos 

Lotus Biscoff Cookie

 

Mini cookies 

Wild strawberry sauce

 

 Locasitos

Fruit of the forest

 

 

Mango sauce

 

 

Honey

Beli llaollao hari Rabu, Murah! Well-nesday llaollao

Setiap hari Rabu llaollao akan buat promosi Well-nesday llaollao dengan beri diskaun sebanyak 11%, 22% dan 33%. 
Waktu: 1 hingga 7 petang  

Harga llaollao selepas diskaun 33%

Medium: RM12
Large: RM14
Sanum: RM14
Smoothies: 11.30
Smoothies with yogurt: RM14

WEEK

DISKAUN

1

11%

2

22%

3

33%

4

11%

5

22%

llaollao App - myllaollao club



Claim llaollao percuma waktu birthday

Dengan menjadi sebahagian daripada myllaollaoclub, banyak benefit yang kita boleh dapat seperti birthday reward dan 15% diskaun untuk pengguna baru. Kumpul point untuk tebus llaollao percuma!

Cara tebus New User 15% discount 

  1. Download myllaollao app dari Playstore/Appstore dan register seperti biasa 
  2. Tekan bahagian Rewards dan pilih New User 15% discount
  3. Boleh pilih medium tub, large tub, sanum atau smoothies 
  4. Tunjuk barcode voucher kepada cashier sebelum buat bayaran
  5. Valid pada setiap hari kecuali Rabu dan ongoing promotion. 

Cara redeem voucher birthday llaollao 

  1. Download app llaollao dari Playstore/App Store dan daftar tarikh lahir yang betul
  2. Buat 1 transaksi dan kumpul 1 point dulu at least 7 hari sebelum tarikh birthday (bila beli llaollao make sure scan barcode dari app ok)
  3. Voucher free 1 small tub llaollao akan dihantar pada tarikh birthday 
  4. Valid selama 14 hari 
  5. Pergi ke bahagian reward dan tunjuk barcode voucher kepada cashier llaollao 
  6. Pilih topping dan buat bayaran seperti biasa

Cara tebus voucher guna point terkumpul 

Setiap kali pembelian, pastikan scan loyalty code di cashier untuk dapatkan point. Tebus point yang terkumpul untuk mendapatkan voucher RM5 (80 pts), free small tub (150pts) dan medium tub (200 pts)
  • Small tub - 10 pts
  • medium tub/smoothie -15 pts
  • large tub/sanum/smoothies plus/grabngo/llaobox -20 pts
  • llaobox 700gram - 30 pts

Promosi Terkini llaollao

Topping llaollao terbaru iaitu Passion Burst!


Catat Ulasan

2 Ulasan

Close Menu