Hye guys. PRN Johor berakhir dengan keputusan yang sudah dijangkakan, Barisan Nasional menguasai Johor kembali. Alhamdulillah, aku dah berjaya tunaikan tanggungjawab mengundi untuk pertama kalinya.
Kalau korang nak tahu, Bossku atau Dato' Sri Najib ada datang ke Ngepot Kabin berkempen masa minggu lepas.
Ngepot Kabin 📍Gerai Kabin Laman Sungai Mengkibol, Jalan Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan, Kluang
Waktu Operasi : Setiap Hari 4.00 petang hingga 12.00 malam
Facebook : Ngepot Kabin
Konsep Ngepot Kabin ni adalah kafe kontena yang dibina untuk menempatkan kedai makanan di tingkat bawah manakala tingkat atas ada kedai jualan aneka barangan dan kedai gunting rambut.
Ruang makan berbumbung sangat luas dan ada pilihan juga jika nak makan di kawasan terbuka bersebelahan dengan sungai.
Banyak pilihan nak makan dekat Ngepot ni. Antaranya Western, makanan Kelantan, bakso beranak KL, snek Korea, laksa Johor, yong tau fu, sup gearbox, nasi lemak, sate, char kuey teow dan murtabak. Pencuci mulut pula ada kakigori (shaved ice), aiskrim, waffle dan kek.
Setiap malam ada live band atau busker buat performance.
Yong tau fu dan lok lok RM16, harga mengikut jenis makanan yang dipilih. Adik aku cakap portion banyak untuk harga yang dibayar, sup dan sambal sedap.
Nasi kerabu RM10. Honestly, memang agak pricey sebab dekat luar masih ada bawah RM10 dengan portion macam ni. Overall sedap, nasi lembut. Rencah semua lengkap, tak masin atau pedas sangat. Ayam agak kecil, lagi-lagi dapat wing aduh...
Nasi lemak telur RM5. Nasi lemak cukup santan dan tak masin cuma sambal failed sebab manis gula. Tak rasa pedas pun haha.
Adik aku pergi beli makanan macam ni juga. Dah cakap beli nasi ke, kenyang sikit. Chicken popcorn dengan kentang goreng RM10. urmm.. Budak-budak memang suka. Tapi adik aku tu dah Form 4, aish.
Yang ni husband beli, 6pcs korean chicken wings RM10. Kalau nak makan tempat macam ni, perut jangan lapar sangat, nanti terbeli benda yang tak patut haha. Nasib baik sedap...
Laksa Johor yang ni memang sedap husband kata. Harga dalam RM8 tak silap.
Bakso Special RM10, ada 5 biji bakso kecil dan 2 sederhana. Sambal tak asing taw, pekedai yang akan letak. Silap aku cakap nak pedas, memang terlebih pedas dia buat haha. So boleh cakap nak pedas sederhana atau tidak. Meehun dia campur suun, so new experience kenyal-kenyal sikit. Tak muak. Bebola daging lembut dan rasa daging lebih instead of rasa tepung. Sup dia aku tak dapat nak review sebab dah bercampur sambal tapi still refreshing.
Mostly aku compare senarai menu 2021, memang ada kenaikan harga. Kalau nak makan sini pilih yang betul-betul value for money lah dan tak ada kat luar. Sebab konsep kedai macam ni, kita tak sedar dah overspent compare to makan dekat satu kedai sahaja.
Part air, teh ais RM3 dan jus tembikai RM5. Aku kongsi dengan adik. Memang satu gerai je jual, selain tu ada cikong. Diorang review sedap.
Seoul Bunsik (Korean Street Food)
Yang ni aku paling excited sebab aku memang minat makanan Korea. Seoul Bunsik baru sahaja bertapak di Ngepot Kabin awal tahun ni. Owner orang Korea, jadi mereka memang guna resipi asli dari sana.
Bunsik ialah gerai snek yang menjual makanan ringan seperti topokki dan hotteok/hotok. Aku dah rasa semua jenis hotok kecuali pandan.
Kalau korang nak tahu, ada sebuah kedai buffet Korea yang baru buka di Kluang iaitu Dookki! InshaAllah ada rezeki nanti aku review.
Hotok ni adalah sweet pancake/lempeng bersama filling brown sugar dan cinnamon (RM5). Tekstur agak sedikit kenyal, lembut dan garing di tengah. Masa aku tengok dekat Youtube dulu, aku ingat hotok ni berminyak taw, surprisingly tak langsung. Memang enjoy makan lagi-lagi masa panas.
Kalau nak special ada filling kekacang atau cream cheese (RM8). Untuk cream cheese dia ada letak sedikit susu pekat untuk seimbangkan rasa masam cream cheese. Rasa dia memang macam cream cheese Tatura yang asli. Rasa agak heavy. Bagi aku, aku akan repeat kekacang instead of cream cheese.
Topokki agak familiar juga kan? Ia adalah kek beras, gabungan tepung beras dan tepung pulut/ubi. Satu hidangan bersamaan dengan RM13. Ada topokki, fish cake, sedikit sayur (spring onion rasanya) dan sebiji telur.
Kuah dia manis-manis pedas. Pedas gochujang tak sepedas ramen samyang tapi cukup puas bila makan dengan topokki yang kenyal.
0 Comments