Aku jumpa kedai makan ni secara tak sengaja juga. Masa tu dah lapar tak lunch lagi, pergilah singgah sini. Order nasi goreng kampung satu, husband kebetulan tak ada selera lagi nak makan.
Makcik tu cakap, "Satu sahaja ye? Nanti boleh kongsi." Aku macam pelik. Sekali sampai memang boleh makan berdua, bertiga pun boleh. Portion banyak dengan harga RM5.00 sahaja!
Gerai Makan Nasi Banjir 📍34, Jalan Penghulu Kassim, Kampung Masjid Lama, Kluang
Nasi goreng biasa RM5.00
Nasi goreng kampung RM5.00
Mee goreng basah RM5.00
Mee goreng mamak RM5.00
Selain masakan panas, ada juga gerai sate, burger dan mee bandung. Sate di sini antara yang menjadi pilihan kami. Walaupun berharga RM1.00 secucuk, daging ayam dan lembu diperap lembut, besar dan kena dengan kuah kacang yang sedap.
Sedikit kelemahan kedai ini ialah bila peak hour memang lambat, lagi-lagi ada yang tapau dan dine-in. Nasi goreng kadang kurang rencah sebab masak dalam kuantiti nasi yang banyak. Bila minta lauk paprik pedas, tukang masak lupa nak buat.
Husband kata teh ais dan teh tarik sedap sebab mereka buat guna kaedah orang India iaitu rebus teh dengan susu sekali. Memang kaw!
Husband kata teh ais dan teh tarik sedap sebab mereka buat guna kaedah orang India iaitu rebus teh dengan susu sekali. Memang kaw!
0 Comments