Kluang Rail Coffee dari Kaca Mata Lokal

Tak sah kalau tak review kopitiam paling popular dekat Kluang ni kan. Kami bertiga ke sana kira-kira dalam pukul 3 petang Sabtu lepas dan orang memang ramai. 

Beratur dalam 15 minit, akhirnya dapat meja di bahagian luar. Cuaca memang panas tapi masih selesa dengan keredupan yang ada. 

Pernah dengar tak frasa, "orang sini tak makan dekat kedai ni."? Keadaannya samalah macam di Kluang Rail Coffee. Sebab dah jadi tourist spot/hype, so kami jarang nak makan sini haha. Selalu kami pergi makan di MyKluang.

Berusia hampir 80 tahun, kopitiam Hainan ini dahulu merupakan kantin bagi tentera British yang berulang-alik dari Singapura. 

Masih mengekalkan keaslian seni bina lama, roti kahwin dan kopi mereka juga mempunyai rasa yang istimewa. Katanya roti masih dibakar menggunakan arang, manakala biji kopi Liberica dikisar segar setiap hari. 

Selain outlet pertama di KTM, ada 4 lagi cawangan di Kluang yang menawarkan menu yang lebih banyak. Tambahan lagi, mereka turut menjual kopi dalam peket untuk dijadikan cenderahati pengunjung luar. 


Kluang Rail Coffee 📍Stesen Keretapi Tanah Melayu KTM, Jalan Station, Kluang

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin 7.00 pagi hingga 6.00 petang 


Bun bakar, garing di luar lembut di dalam. 


Roti kahwin hidangan klasik yang wajib dicuba di sini. Garing dan sedap dipadankan bersama homemade kaya dan mentega. 


Tauhu tak apa, memang sedap walaupun kelihatan ringkas. Selain itu ada nasi lemak, meehun, laksa Johor, cucur ikan bilis, karipap, telur 1/2 masak. 


Aku pilih untuk minum Kopi C Kosong manakala husband minum Kopi Ais. Setelah menikmati roti bakar yang disapu kaya dan mentega, nikmatnya lebih terasa bila minum Kopi C Kosong yang pahit. Kaw! Kopi Ais agak manis kata husband. 


Total makan dekat sini RM16.00. Mostly dah naik harga berbanding tahun sebelum ni. Kopi RM3+, roti RM2+. 

Aku datang sebab nak rasa suasana stesen keretapi lama sebelum dimusnahkan berikutan pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru. 

Dulu masa sekolah asrama di Sekolah Tinggi Kluang, aku selalu keluar outing ke bandar.  Shortcut dengan lintas trek keretapi, bodohnya masa tu. Kang tersangkut kaki tiba-tiba keretapi datang habis kena gilis. 

Post a Comment

0 Comments