PRN Johor 2022 : Calon DUN Mahkota

Hye guys. Memandangkan aku akan mengundi 12 Mac nanti, aku sedikit sebanyak tengah study pasal politik dekat DUN aku ni. Aku masih buat bacaan lagi especially banyak parti yang muncul lepas ramai yang lompat parti dan buat parti baru. Siapa yang ada anak umur 18 tahun tu, boleh dah bincang pasal politik ni. Boleh semak butiran daftar pemilik di sini:

MySPRSemak

Calon bertanding di N29: MAHKOTA 



1. Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Amanah)
  • Pakatan Harapan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Parti komponen: PKR, DAP, AMANAH 
  • Amanah diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Sabu
  • Setiausaha Agung DAP ialah Lim Guan Eng
  • PH memenangi PRU-14 dengan menumbangkan kerajaan BN dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu ialah Pengerusi Bersatu menjadi Perdana Menteri ke-7. 
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan peralihan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri 
  • Tun meletak jawatan pada Februari 2020 dan PH akhirnya tumbang selepas 11 ahli Parlimen PKR keluar parti.

2. Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN-UMNO)
  • Barisan Nasional sekarang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  • Parti pemerintah Malaysia sekarang ialah Datuk Seri Ismail Sabri (UMNO) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 selepas dilantik Yang di-Pertuan Agong.
  • Parti komponen: UMNO, MCA, MIC 


3. Mohamad Nor Lingan (PN-Bersatu)
  • Perikatan Nasional dibentuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos 2020
  • Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini bersama PH sebelum keluar parti pada Februari 2020 dan berlakunya Langkah Sheraton.
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ke-8 selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Beliau meletak jawatan pada Ogos 2021 selepas hilang majoriti sokongan daripada Ahli Parlimen. 
Baca juga: Sedekah Subuh
  • Parti komponen: PPBM, PAS, GERAKAN 
  • PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)
  • GERAKAN diketuai Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai. GERAKAN merupakan parti serpihan Persatuan Cina Malaysia (MCA)


4. Mohamed Noor Suleiman (Warisan)
  • Warisan (Parti Warisan Sabah) diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
  • Warisan bersama PH pada PRU-14 dan memenangi majoriti kerusi di Sabah
  • Namun begitu, mereka kalah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semasa PRN Sabah 2020. GRS diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Parti lain:

  • Pejuang dipimpin oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
  • Putra (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia) diasaskan oleh Dato' Dr. Ibrahim Ali
  • MUDA diketuai YB Syed Saddiq
  • Parti Bangsa Malaysia (sebelum ini ialah Parti Pekerja Sarawak) diketuai YB Larry Sng 
Setakat ni aku belum study berkenaan biodata mereka. InshaAllah kalau sempat aku akan update. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu