Kaki Family Mart mesti tak jemu nak datang sini sebab diorang selalu keluarkan produk baru. Kalau bukan dessert baru pun, selalunya flavour lain la at least.
Ni antara dessert yang aku makan waktu Ramadan dan Raya hari tu.
Dessert Family Mart
Mango Froyo Sofuto - sedap rasa mangga dan masam-masam yogurt refreshing betul. Tak manis sangat yang penting. Boleh makan dengan waffle cone atau request jadikan milkshake.
Tapi kat tempat aku tak ada stok pula sekarang diorang rotate coklat dengan matcha. Aish..
Madagascar Vanilla dengan topping Sakura Blossom - biasa sahaja sebab rasa vanilla. Tak ada wow effect pun just topping rasa crunchy. Tak silap aku boleh pilih topping oreo crumb kalau nak.
Setakat ni aku suka matcha sebab pahitnya refreshing. Kalau dah bosan dengan kopi aku tukar angin dengan matcha. Kafein tetap ada, tak silap aku lagi tinggi dari kopi. Hati-hati kalau nak minum.
Lotus Biscoff Roll Cake - Apa je tak best bila ganding dengan biscoff? Rasa caramel, salty dan cinnamon memang unik. Kalau layan dengan kopi lagi best.
Roll cake ni lembut dan sedap bila pair dengan whipped cream yang ditabur biscoff crumbs. Anything yang ada whipped cream kena makan cepat atau simpan terus dalam peti ais. Kalau biar dekat luar nanti tekstur cream berubah jadi tak sedap.
Aku lebih prefer Cookies and Cream. Kalau suka makan bomboloni, boleh try dessert ni sebab tak muak sangat.
0 Comments