Rasa Cakes Cafe Tepi Gunung Lambak!

Mula-mula nampak iklan cafe ni group Peminat Kopi. Bila check lokasi, di Taman Sri Jaya. Alamak dekat mana tu, tak pernah dengar pun taman ni. Rupa-rupanya 'belakang rumah' je! Dekat betul dengan Gunung Lambak. 

Jangan terkejut sebab cafe ni berada bersebelahan kedai bengkel kereta. Kalau lepas naik Gunung Lambak nak mengopi memang kenalah lokasi ni. 

Rasa Cakes Cafe 📍No. 10, Jalan Sri Jaya 2, Taman Sri Jaya, Kluang 

Facebook : Rasa Cakes Cafe
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Dine in: Ada

Pecan Butterscotch

  Cream horn, egg tart dan peach strudel

Untuk dessert dia, harga range RM2.00++ bite size especially egg tart. Unik sikit egg tart dia sebab topping dia nipis je, sekali ngap je la. 

Kek pecan butterscotch RM9.00++ potongan besar, boleh share 2 orang. Kek agak padat, moist tapi tak lembut sangat. But better than kek yang kering (lama sangat display). Spoil sikit sebab dia bagi sudu plastik, tajam huhu.

Peach strudel sedap sebab pastry masih rangup! Cheese cream dan peach ngam.  Cream horn, ok ok. Dah tahulah rasa macam mana, pastry dengan filling custard.
 
Iced Latte 

Caramel Macchiato 

Biji kopi yang owner ni pakai ialah Brazil Cerrado. Gabungan espresso dan susu Farm Fresh untuk iced latte sedap macam biasa. Owner agak pelik aku request iced latte, siap bagitahu latte tak ada gula. Padahal dia tak tahu aku dah start nak minum Americano. Tiber.

Husband order Caramel Macchiato, fuh salty dan pahit. No extra sweetness yang spoil kan air ni. Must try! 

Aku bit particular sikit la cafe-hunting ni. Aku faham dia guna cawan plastik, senang tak habis minum boleh takeway. Tapi aku suggest letak sticker atau tempah cawan yang unik sikit. Sometimes aku bayar mahal bukan sebab air je, bayar untuk experience juga. Bajet diva AA kan aku ni. 

Another thing yang aku rasa lah, Kluang ni culture kopitiam masih tebal. Mostly orang Melayu masih nak enjoy kopi kampung dengan susu pekat atau Nescafe 3-in-1.  Specialty coffee ni masih baru la. Betulkan kalau aku silap. 


Belum restock dessert baru but still banyak option nak makan.  Bawah tu creampuff, eclair tapi dah buat set. 



Dari segi experience, tempat dine-in agak sempit walaupun ambience dah cantik. Bila nak berborak tu, agak tak selesa la sebab aku kan cakap kuat haha. So aku rasa owner tak fokus dine-in, lebih kepada ambil pre-order kek dan takeaway kopi. Bolehlah santai-santai piknik di Gunung Lambak dengan kopi dan dessert beli dekat sini!

Post a Comment

0 Comments