McDonald's Creamy Butter Chicken!

Actually aku ada cerita sedih pasal butter chicken ni. Waktu tu baru berkahwin, kami pergi ke Batu Pahat jalan-jalan. Masa nak makan dekat Food Court BP Mall tu, aku order butter chicken set sekali dengan nasi. Excited nak makan. Masa dapat hidangan tu aku dah pelik dah.  Kenapa tak pekat macam masak lemak, jernih je ala-ala ayam goreng kunyit. Rasa pun hauk! Dia ni reti masak ke tak Allah sedihnya... Since dari hari tu tak pernah lagi order butter chicken sebab trauma. Lagipun dekat Kluang tak ramai orang jual.  

McDonald's Creamy Butter Chicken Review 

Bila McDonald's keluarkan Creamy Butter Chicken burger ni aku terus grab. Berbanding burger Kamheong, aku keep delay untuk beli sebab banyak review yang tak best. Semerbak bau harum butter dan daun kari menusuk-nusuk ke hidung. Aku suggest terus makan lepas order untuk menikmati sos butter yang masih cair. Seperti diiklankan, ada rasa pedas dari cili padi untuk seimbangkan rasa lemak butter. Aku nak repeat lagi dengan ayam pula tapi diorang kata kuah tak banyak, ala nanti tak puas juga. Nasi lemak McD pula, kadang nasi keras haha. So aku decide nak hunting dekat Kluang dulu. Selalunya aku check dekat Food Panda untuk filter kedai mana yang jual. Kalau tak jumpa aku buat sendiri la jawabnya haha! Che Nom kan ada tiber. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sedapnya! Saya pun terbau-bau butter dengan daun kari hihihiii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain macam kan hidangan butter chicken ni..

      Padam

Close Menu