Aku akui lambat belajar masak lauk-pauk lepas kahwin sebab aku lebih suka masak kuih, kek, roti dan dessert moden. Ada yang aku masuk kelas online, ada yang aku google dan bandingkan resipi.
Mak aku pun banyak ajar buat kuih, lauk dia jarang suruh aku tengok dia masak. La ni pun kalau aku tanya macam mana nak masak itu ini, dia suruh google je haha.
Jadi aku nak share satu resipi yang mudah serba guna sebab satu adunan ni boleh jadikan donut, bomboloni, burger Malaysia dan pau goreng inti kacang merah. Cakoi pun boleh, tapi aku tak pernah cuba lagi hehe.
Aku guna resipi ni sebab mudah tak perlu uli bersungguh pun. Yang penting cukup kembang dan ringan sebelum goreng.
Key ingredient dalam resipi ni adalah kentang. Itu rahsia donut kekal lembut dan gebu. Donut juga tak serap minyak.
Resipi donut serba guna
A:
1 cawan air suam
1 paket yis kering
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
B:
1 biji kentang saiz sederhana direbus dan dilenyek halus
1 biji telur
C:
4 cawan tepung high protein atau tepung gandum
2 sudu besar marjerin/mentega
1 sudu teh garam
Kekdahnya:
1. Sediakan bancuhan cecair terlebih dahulu iaitu semua bahan A dan biarkan yis kembang.
2. Campurkan semua bahan kering C dan ramas tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Campurkan cecair, kentang dan telur ke dalam tepung.
4. Gaul hingga sebati dan uli hingga tak melekat pada tangan dan bekas. Perap doh 1 jam dan jangan risau jika adunan sedikit lembik.
5. Selepas 1 jam tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli sekejap dan bulat-bulatkan. Boleh sapu tangan dengan tepung untuk mudahkan proses menguli.
6. Biarkan kembang kali kedua dalam 10 minit atau doh sedikit ringan.
7. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api kecil sahaja untuk dapatkan "ring" pada donut.
7. Goreng 1 side dan terbalikkan. Terus angkat bila donut dah keperangan.
8. Tos dan hidang bersama topping kegemaran.
Kebetulan ada baki sambal bilis kentang, terus aku jadikan burger Malaysia. Kalau ada timun lagi syok ni. Rajin sikit dadarkan telur. Peh..
Untuk topping coklat, aku cairkan milk chocolate coins jenama Beryl's bersama sedikit susu full cream menggunakan kaedah double boiler. Boleh juga guna whipped cream dan sedikit mentega.
Nak buat donut susu viral pun boleh. Tukar cecair kepada susu full cream. Untuk topping, campurkan susu tepung full cream dengan sedikit gula aicing.
6 Comments
Satu adunan boleh dipelbagaikan. Bagus ni. Boleh cubalah.
ReplyDeleteBoleh! Ikut bahan yg ada hehe
DeleteBetul.. burger malaya tu kalau ada timun baru lengkap! Krup2 kunyah!
ReplyDeleteBetul tu Uncle. Lengkap da hidangan tu.
DeleteRindu nak makan donut... tapi sayangnya gigi sensitif makan manis-manis.
ReplyDeleteAkak buat donut sambal sira, sedap juga tu hehe
Delete