Bila Muiz Hot Chicken dah buka di Kluang, aku memang excited nak cuba. Awal dulu timing niaga dia out sikit sebab sampai pukul 5, cuti pun hari Ahad. Sekarang dah extend dari 10.00 pagi sampai 6.00 petang, cuti hari Isnin. Sempatlah husband nak beli lepas balik kerja.
Muiz Hot Chicken
Lokasi: 17, Jalan Mohd Salim, Kampung Melayu, Kluang
Kali kedua beli aku nak rasa Korean Cheese tapi husband lupa dia beli Korean Spicy je. Bagi aku ayam kali ni lagi cantik dari segi coating berbanding yang atas. Memang terasa rangup bila gigit ayam. Isi masih juicy dan lembut. Kalau suka makan KFC, boleh dah tukar makan Muiz sebab lagi best!
Harga bermula RM4.50-RM6.50 seketul untuk saiz yang agak besar.
Menu dan Harga Muiz Hot Chicken
Texas Chicken Caesar Kimchi
Aku actually tak meletakkan harapan yang tinggi untuk ayam Caesar Kimchi (CK) ni. Sebab aku tak minat sangat kimchi ni. Bila beli dekat Aeon ke, selalu dapat yang terlalu masin. Macam kena basuh dulu sebelum makan haha.
Pernah tau craving nak makan kimchi masa pregnant. Tapi kecewa betul bila tak menepati selera. Sedap makan kat kedai Korea je la, itupun diorang kata bukan kimchi betul sebab tu yang kena dengan tekak Melayu.
Bila bau ayam CK ni, memang ada aroma masam dari kimchi. Tapi bila makan tak kuat sangat rasa masam tu, pedas sederhana. Taburan serbuk tu rasa masin. Masam masin la rasa ayam ni.
Sos putih Caesar tu aku rasa macam mayo. Tak ada pun tak apalah, dah la calit gitu je. Bukan dipping sauce taw macam daam gambar. Nasi Texas sedap sangat, korang patut cuba. Rasa macam nasi ayam dan fluffy.
Marrybrown Oishii Japan
Untuk yang tak biasa dengan rasa wasabi, akan rasa pelik sikit. Sebab wasabi tu memang sharp menyengat hidung. Rasa pedas wasabi ni kejap je dekat mulut, more rasa panas kat tekak haha. Bila gabung dengan teriyaki yang manis dan pekat ni, tak rasa pedas pun. Kalau aku nak repeat, aku prefer burger untuk rasa yang lebih balance.
Overall perisa kali ni untuk Texas Chicken dan Marrybrown memang unik tapi tak cukup padu bagi aku. Aku prefer ayam goreng yang pedas-pedas haha.
2 Comments
semuanya sedap dimakan. ayam tu nampak rangup sekali. Yummy......
ReplyDeleteBetul rangup makan panas-panas
Delete