Yogulp Mydin Kuala Terengganu

Masa jalan di Terengganu bulan lepas, husband sempat jumpa seorang sahabat yang bermastautin di sana. Mereka pakat untuk jumpa di Mydin Mall. Sempat grab frozen yogurt Yogulp ni sebelum gerak balik ke Johor.


Rin ada tulis pasal frozen yogurt terkenal llaollao dan masih ramai juga yang jadikan rujukan. Cuma bab harga yang mereka tawarkan banyak perubahan, semakin tahun semakin mahal 😂

Ada juga jenama lokal seperti Shugaa & SB Fruyoo cuba bersaing tapi tak lama bertahan. Shugaa kata mesin froyo rosak & maintenance susah. Ada satu jenama baru di Lotus iaitu Legi Ice Cream & Froyo, nanti da cuba Rin share.



Mini Chocolate RM11.70, Mini Yogulp RM9.30 (sepatutnya ada 1 topping tapi ibu Rin nak kosong je). Warna froyo purple tapi rasa pure yogurt, ni identiti Yogulp. 

Husband Rin pilih Frostachio RM16.00. Husband Rin sangatlah obses dengan flavor pistachio sejak hype dengan coklat Dubai. So apa-apa dessert pistachio mesti dia nak rasa.

Post a Comment

0 Comments