Aku baru tahu Anwar Hadi dan Takahara pun baru bercerai bulan lepas. Diorang antara Youtubers yang popular zaman belajar dulu saing Mat Luthfi dan Aiman Azlan.
Actually aku pernah dengar talk, Anwar dan Taka mendefinisikan perkahwinan mereka sebagai partnership bukan suami isteri. Lebih kepada kawan. Jadi bila diorang bercerai, pisah dengan cara baik dan masih berhubung. By the way diorang pun tak dikurniakan anak lagi macam Mizz Nina dan Noh Hujan.
Well, how do you feel about your own marriage? Aku baru berkahwin 4 tahun, Adam merdeka ni masuk 2 tahun. Bila ada isu macam ni, kita akan fikir semula dan repurpose hala tuju sesuatu perhubungan tu. Betul tak?
Aku bersyukur husband jenis tak kisah kalau aku tak sempat masak, terus diajak makan di luar. So aku nak ajak korang cuba kedai Route 888 ni.
Route 888 Kluang 📍34, Jln Kampung Melayu (Berhadapan Surau Al-Falah), Kampung Melayu, Kluang
Waktu Operasi: 5.30 petang hingga 12.00 malam. Cuti Isnin
Bagi aku chicken grill dekat sini antara yang terbaik dengan harga RM10.00. Straight forward sedap, no bull shit la orang kata. Ayam masih juicy dan manis dari perapan. Sos black pepper pekat dan tak masin. Ada fries dan coleslaw sebagai pelengkap hidangan. Untuk set dengan ramen samyang, ada tambahan RM5 tak silap.
Aku ada baca Google review, dia order Fish and Chips dan bagi bad review. Aku rasa dia confuse Manhattan Fish Market dengan kedai Melayu. Tartar sauce pun mungkin dia tak tahu. Janganlah order benda yang bukan expertise kedai tu. Menu tu buat budak-budak makan je. Haha sorry saja bahan orang.
Antara faktor lain orang suka lepak kedai ni sebab ada roti canai Halim dan murtabak. Beli sekeping roti telur dan layan dengan teh o panas 50 posen, sempoi. Kalau nak rasa roti sarang burung pun ada dekat sini.
Ada juga hidangan ringan yang lain seperti bakso, roti bakar, waffle, dimsum dan dumpling. Aku suka minum air tembikai dekat sini sebab kalau order tanpa gula masih manis dan tak ceroi.
Kalau nak makan berat, ada nasi lemak dengan pelbagai pilihan sambal seperti sambal kerang, kupang dan sotong. Ada ayam goreng berempah, talapia goreng dan sotong goreng tepung. Waktu kitorang makan, sambal kurang pekat. Average je la nasi lemak dia. Hidangan panas goreng-goreng tak dijual di sini sebab owner nak menghormati kedai makan sebelah. Baik kan, tak dengki Melayu tiber.
Nasi ayam penyet dan talapia penyet digoreng garing. Tapi sambal masih tak boleh lawan Warung Pecel Lele.
Sistem 'hawker center' macam ni, nak order nanti orang kedai datang bagi senarai menu dari semua stall. Makanan sampai je terus bayar cash kecuali air bayar last bila nak balik dekat cashier. Untuk air aku perasa ada QR code. Ye la sekarang semua prefer e-wallet kan.
Pengalaman aku, ada kedai yang tak pandai uruskan bila banyak stall. Kejap bayar asing, kejap kumpul semua baru bayar. Ada kedai pula tak bagi menu full just cakap mulut sahaja.
Overall, suasana makan selesa dan luas ala-ala kampung kerana kedai makan ni asalnya rumah pusaka. Kalau pernah makan di restoran Bawah Kolong, macam tu la vibe dekat sini.
0 Comments