Kalau Kopi Pior bermula dengan street coffee, FUD'S Burger pula bermula dengan street burger berevolusi jadi ala-ala fast food/western restaurant. Ada dua branch iaitu di Taman Makmur dan Taman Sri Impian.
Awal dulu agak skeptikal nak cuba makan dekat sini. Yela bila da buka restoran, of course harga pun jadi lebih mahal. Jadi aku tak cuba set burger dia yang bermula harga RM11.90, aku order korean chicken wings yang aku craving lately. Menu yang lain macam biasa ada pasta (bermula harga RM12.90) dan chicken, lamb grills.
Satu trend kedai western sekarang yang aku suka ialah mix and match. Boleh makan nasi, pasta atau ramen korea berganding dengan chicken chop/grill sebagai contoh. Confirm kenyang!
FUD'S Burger
30, Jln Cengkih, Taman Makmur, Kluang
Waktu operasi: 3.00 petang-11.00 malam setiap hari
Facebook: FUD'S Burger
Cuma roti john tak available nak order pula time ni. Pelik juga sebab roti john special RM10.00 yang naikkan nama FUD'S Burger masa bazar Ramadan yang lalu. Maybe dah sold out sebab aku datang malam.
Selain burger 'ramly' yang datang dengan set, diorang ada buat burger patty sendiri juga. Memandangkan Woodfire baru buka dekat Kluang, mereka ambil kesempatan untuk jual gourmet burger juga style tersendiri. Nama menu ialah burger Laksamana Doremi.
Sumber Facebook
Overall ok cuma nak tegur pasal set nugget yang kami order masih sejuk di dalam. Bila nak cepat, diorang goreng api kuat sangat jadi dalam tak masak. Untuk makluman korang, nugget pertama yang kami dapat hangit. Jadi tukar baru. Yang kedua pun tak elok, jadi aku bungkus je la. Faham ek? Harap boleh improve lagi ye.
Ada kawasan makan luar dan dalam yang luas. Sesuai nak gathering untuk sambut birthday dan sebagainya. Apa-apa boleh whatsapp diorang untuk booking.
1 Comments
terima kasih berkongsi, bestnyaa
ReplyDelete