Rollie Cafe ni bukan calang-calang rupanya. Ditubuhkan oleh usahawan bumiputera sejak 2016 di Terengganu, Rollie Cafe adalah pencetus kopi cold brew yang pertama dikomersialkan. Sekarang ni dah ada 28 outlet di seluruh Malaysia.
Actually first time aku minum cold brew ni. First impression, kurang 'kick'. Seakan-akan rasa tak puas minum kopi tapi masih berupaya memberi instant energy. Rupa-rupanya memang itu identiti cold brew. Selama ni aku minum hot brew/fresh brew.
Ciri-ciri cold brew adalah 60% kurang acidic, lebih halus dan manis tapi kurang pahit. Cara penyediaan cold brew adalah dengan merendam serbuk kopi dengan air sejuk dan diperam sehingga 12-24 jam. Hasil tapisan air kopi boleh digunakan sehingga 2 minggu.
Tiada bau kopi yang kuat kerana kaedah cold brew preserve bau kopi dan beberapa bahan yang lain. Sepatutnya dapat appreciate beberapa flavour yang unik seperti nutty, fruity dan floral daripada biji kopi yang digunakan.
Rollie Cafe Laman Niaga Railway
Lokasi: No G15, Laman Niaga Railway Kluang, Kluang
Waktu operasi: 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Selasa
Sebelum ni aku pernah review kedai dekat Laman Niaga Railway ni. Sekarang ni diorang dah boleh letak kerusi meja untuk mudahkan pelanggan datang makan. Bagi aku lagi best macam ni boleh lepak-lepak hehe.
Baru aku tahu isu sebelum ni adalah diorang tak tutup jalan jadi isu parking dan keselamatan menyebabkan diorang tak dapat letak kerusi meja.
Rollie Iced Coffee RM7.00 adalah campuran cold brew, fresh milk dan sweet milk (susu pekat). Husband komen rasa dia lain daripada yang lain. Memang naik flavour cold brew tu bila ada campuran bahan lain.
Last time makan croffle dekat Batu Pahat. Bila tahu sini ada jual terus beli. RM3+ siap topping nutella, but saiz comel je la hehe. Ada pilihan topping lain seperti biscoff. Iced Chocolate RM8.50 sedap macam biasa.
Ni memang pure cold brew, macam aku cakap awal-awal memang kurang pahit. Tapi kalau slowly minum maybe boleh appreciate rasa cold brew ni. Aku still prefer latte, belum sampai tahap nak layan cold brew atau americano lagi la haha.
Banyak lagi pilihan minuman non coffee macam teh dan soda. Ada juga pastri dan roti untuk kudapan. Aku tengok ada kiosk yang jual kek dan makanan berat. Ikut kawasan jugalah.
Menu dan harga Rollie Cafe
Sotong Kangkung
Beberapa bulan sebelum tu aku ada cuba Sotong Kangkung RM8.00 dekat kedai sebelah ni. Aku suka rasa kuah petis memang pekat dan pedas. Portion banyak dengan potongan sotong lembut dan kangkung fresh.
Cuma aku tak puas makan sebab rasa lack of texture sebab dua-dua lembut. Maybe next time aku nak campur dengan tauhu bakar baru ngam. Buas betul selera.
4 Comments
Sedap tu sotong kangkung.
ReplyDeletetak pernah jumpa Rollie Cafe ni...sotong kangkung dah lama x makan...
ReplyDeletewahh cafe kluang pun dh smpi ganu kite erk., ;p
ReplyDeletewaa nampak sedap
ReplyDelete