Family Mart akhirnya decide untuk tambah cawangan ketiga di Taman Tasik Indah selepas pusat bandar dan Simpang Renggam. Sambutan sangat meriah bila kami pergi semalam. Majoriti orang Cina yang ramai. Aku singgah 7-Eleven di sebelah dulu sementara tunggu crowd surut baru beli sofuto dark chocolate ni. Dapatlah diskaun 25% bila kita tunjuk membership.
Senang je nak daftar member. Download apps FM dari Playstore dan register guna nombor telefon macam biasa. Banyak kelebihan member FM ni salah satunya cash back dalam bentuk poin yang boleh ditebus untuk makanan atau merchandise. Nak order delivery terus dari apps pun boleh. Birthday reward pula dapat sofuto percuma.
Mi goreng mamak yang pak mertua order datang dalam porsi yang besar. Bau bawang putih semerbak dan rasanya cukup sedap, tak masin dan tiada rasa kapur. Sedikit pedas kerana warna ke arah merah, kurang caramel dari kicap. Cuma tak cukup authentic tanpa cucur/kuih rojak dan kentang. Telur pula sepatutnya perlu menyaluti setiap helaian mi, tapi yang ini dah cukup bagus.
Hidangan murtabak cheese Singapore RM8 ni antara yang terbaik kami makan. Actually kami jarang pekena murtabak, masa puasa pun tak ada beli. Sesekali kena yang sedap memang teringat-ingat. Daging selambak, kulit roti lembut dan tak tebal sangat. Cheese sauce pula tak kedekut. Kuah dal sedap tapi kalau ada bawang sirap lagi sedap ni. Aku belajar makan bawang pun masa study di Banting.
Roti kosong yang aku order untuk Adam pun lembut dan garing. Honestly memang susah nak cari roti canai yang sedap sekarang sebab tu kami selalu ke kedai mamak yang sama iaitu di Kluang Baru. Aku memang tak minat kalau roti canai tebal, jadi kurang masak. Kiranya doh tak ditarik/ditebar hingga nipis. Roti jadi kurang flaky dan liat akhirnya.
Memandangkan kedai ni ownernya mamu Penang, memang lain daripada yang lain cara masakan dari mamak asal Kluang. Overall sangat mengenyangkan, murah dan nice experience sesekali bertukar angin. Kalau nak tahu, memang lain kalau owner mamak ni Bangladesh, India atau real mamak. Yang penting servis kena cepat dan bersih.
2 Comments
wah, kita tak sempat lagi nak singgah FM baru
ReplyDeleteHappening juga dekat sini.. nanti singgah taw
Delete