Review MyKluang Coffee dan Kuetiau Mak Cik Kantin

Dinner hari ni masak kuetiau goreng sebab husband request, dia dah boring makan nasi katanya. Kebetulan pergi pasar malam Taman Makmur petangnya tu beli udang harimau, memang ngam lah. Aku sempat belajar beberapa tips nak goreng kuetiau ni antaranya: 

1. Tak perlu tumis dengan air untuk elakkan kuetiau hancur/lembik. 

2. Basuh kuetiau tak perlu lama dan kena tos sampai kering. Ada orang prefer tak basuh, tapi aku bilas sikit dengan air paip. 

3. Simpan di luar sahaja suhu bilik dan leraikan kuetiau sehelai demi sehelai sebelum goreng di dalam kuali. 

4. Goreng telur separuh masak dulu/asing sebelum campur dengan kuetiau. 

Resipi kali ni mudah sahaja, aku tumis cili kisar bersama 4 biji bawang putih yang ditumbuk lepas tu masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Masukkan udang dan kuetiau. Last sekali baru kucai dan tauge. Telur mata aku goreng asing. 



Actually aku pernah craving kuetiau ala-ala mak cik kantin sebab masa tu asyik makan CKT je. Padahal mak cik kantin goreng "bodoh" je kan. Tapi itulah yang aku suka. Aku tak minat sangat tapi husband dah ajak makan CKT kita follow la. Jadi terfikir nak ke MyKluang Coffee Taman Aman dan cuba kuetiau goreng mereka. Alang-alang minum kopi dan makan roti bakar.  





Memang tak cari lain bila dah cuba kuetiau MyKluang. Ada beberapa pilihan iaitu kerang atau daging dicampur bersama home made fishcake, kucai dan tauge. Tak masin dan ada rasa smoky. Kalau kita goreng sendiri susah nak dapat rasa "wok" seperti di kedai. Sebab perlukan kuali besar dan api yang panas. Untuk RM8.00/+- portion besar dan kerang/daging tak kedekut. 

Selain itu roti bakar ada banyak pilihan iaitu bun, keping, wholemeal, pau dan pita. Filling pula ada klasik butter kaya, tuna mayo, peanut butter coklat dan sambal ikan bilis. Rambang mata nak makan. My favourite adalah tuna mayo wholemeal. Rasanya mereka guna tuna flakes in water campur dengan sedikit mayonnaise, memang ngam. Roti kahwin pula menggunakan hirisan nipis butter dan home made kaya yang kurang manis tapi cukup berlemak. Croissant pun available tapi aku belum pernah rasa. 

Tambahan lagi, menu berat antaranya pelbagai jenis nasi/mi goreng, mi kari, nasi lemak, nasi ayam, nasi putih berlauk, pasta dan chicken chop. Cuma MyKluang selalu rotate menu sejak PKP. Mana yang tak dapat sambutan terus tukar, mereka cuba menu baru mengikut trend semasa. Menu Cina macam Semut Api, Mi Hokkien dan Mi Kamheong pun available.


Baru-baru ni mereka cuba menu kedai Thai pula seperti siakap 3 rasa dan tomyam. Nak makanan ringan ada cakoi, samyang cheese, korean chicken wings, nugget dan wedges untuk kanak-kanak. Selain itu, dessert ada kek pisang, slice cakes, cheese tart dan ice-cream. Kuih-muih dan pisang goreng available waktu petang. 

Ada masa makanan sedap dan servis bagus, ada masa kurang sebab staff bertukar ganti dan MyKluang banyak outlet di Kluang. Susah sedikit mereka nak maintain kualiti, tapi sentiasa improving. Yang masih konsisten adalah kopi dan roti bakar. Kopi O kosong jadi pilihan aku setiap kali minum di sini, ala-ala Americano la konon. Kopi mereka pahit dan kurang masam. Selalunya jarang habis sebab gelas besar, puas minum. Boleh dapatkan premix kopi MyKluang yang dijual di kedai mereka atau Shopee. Kalau tak minum kopi jangan risau ada banyak lagi air macam milktea boba, ice blended, sparkling dan soya.

Berikut adalah lokasi MyKluang 
Waktu Operasi: 7.30 pagi hingga 11.30 malam


Post a Comment

0 Comments