Sambut Hari Ibu di Kluang Coffee Cap Televisyen

Sambutan hari ibu dan guru dekat-dekat kali ni. Mana tidaknya seorang ibu merangkap guru juga bagi anak-anak yang dibesarkan dari dalam kandungan hingga dewasa. Bagi aku, ada beberapa sosok guru di sekolah yang menjaga kebajikan aku seolah-olah aku anak mereka. Kasih sayang mereka terasa ikhlas dan sesungguhnya mereka mahukan yang terbaik untuk kita. 

Untuk diri sendiri, 3 tahun pertama membesarkan Adam membuatkan aku lebih menghargai ibu yang tersayang. Tidak mudah sebenarnya untuk sabar hadap kerenah anak-anak yang bermacam ragam. To love others, you must first love yourself. Sesekali reward diri sendiri dengan "me-time" dan makanan yang sedap apa salahnya. 

Jadi pagi Ahad yang lepas, keluar pagi-pagi untuk breakfast di warung kampung Dato Abdul Rahman Yassin. Pesan mi rebus dan soto ayam. The food tasted average but fulfilling. Mi soto boleh improve lagi dengan meletakkan lebih rempah sup. Mi rebus di warung belakang gereja di Kluang Baru kuahnya lebih pekat berbanding di sini. Di masa akan datang, nak cuba laksa Sarawak dan mi kolok pula. 



Kluang Coffee Cap TV

Belum boleh declare anak jati Kluang kalau tak pernah minum kopi cap TV. Dulu ibu siap hadiahkan kopi uncang untuk kawan dari kolej yang datang melawat di rumah. Jadi kali ni kena kasi jadi juga trip ke kilang kopi yang dibina pada tahun 1966. Berada di Jalan Besar, Kampung Yap Tau Sah kilang buka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Waktu kami sampai ada bas penuh pelancong Cina buat lawatan di sini. Nasib baik ada meja kosong. 




Kedatangan kami disambut suasana kopitiam yang moden dan bersih. Aroma wangi dari kopi yang dibakar menusuk-nusuk ke hidung. Dekorasi TV lama merupakan inspirasi kepada nama Kopi Cap TV iaitu kekeluargaan dan kegembiraan. Wall of fame dihiasi gambar-gambar tokoh dan artis yang pernah datang ke kilang ini. Tambahan lagi, Kopi Cap TV juga dikenali sebagai "kopi sultan" kerana digemari oleh kerabat Diraja Johor.  

Sebelum pesan minuman dan makanan, boleh cuci mata tengok koleksi kopi premix dan biji kopi 100% pure bagi penggemar kopi fresh brew. Ada juga biskut, snek dan kerepek untuk kudapan. Selain kopi boleh dapatkan kordial buah-buahan di sini juga. Merchandise seperti set cawan kopi dan tumblr juga ada. 

Kopi Cap TV dihasilkan menggunakan 3 biji kopi terbaik iaitu Robusta, Arabica dan Liberica. Robusta kebiasaanya di tanam di Vietnam dan Indonesia. Manakala Arabica origin Brazil dan Columbia yang menjadikan harganya lebih mahal. 

Kopi Liberica ialah biji kopi tempatan yang wangi dan pekat apabila dibancuh. Merupakan biji kopi terbesar sehingga digelar "kopi biji gajah". Kopi Liberica digunakan dalam pembuatan kopi di kebanyakan kopitiam di Kluang. Black coffee yang dihidang ialah hasil campuran biji kopi dengan 30% gula dan 70% marjerin. 





Bila sampai dekat cafe boleh terus order di kaunter. Pilihan minuman ada kopi kampung dan kopi fresh brew macam espresso dan latte. Makanan pula ada pilihan kek, donut, muffin. Croissant dan waffle juga available. Selain itu ada kuih muih tradisional seperti talam dan serimuka. Sayangnya tak ada roti bakar atau nasi lemak. 

Menariknya di sini ada kopi panas dan biskut lemak free flow untuk dinikmati oleh pengunjung. Boleh ambil kopi di hujung kaunter hadapan. Memang nikmat dapat cicah biskut dalam kopi. 

Bagi hidangan di bawah, kopi ais memang ada sedikit rasa berbeza dengan kopi MyKluang yang lebih ke arah rasa pahit-pahit masam. Kopi Cap TV rasa pahit seimbang dan lebih wangi. Kek cheese oreo (R12.90) surprisingly kurang manis, creamy dan tak muak pun. Donut oreo fluffy dan topping mewah. Yela harga pun RM5.90. Kopi pula dalam RM2+. 

Jangan lupa masukkan kilang kopi Cap TV ni dalam bucket list bila datang ke Kluang nanti ye!





Post a Comment

2 Comments

  1. Lamanya tak jejak Kluang... terakhir pergi tahun 1984!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum lahir tahun tu kak Amie haha

      Delete