Isnin lalu birthday Agong, jadi husband decide bolehlah berjalan jauh sikit sebab esoknya tak bekerja. Mana lagi tempat menarik di Johor? Kali ni nak prepare betul-betul sebelum pergi ke pantai Mersing, Johor. Kami ingat nak pasang khemah sambil berkelah dan mandi-manda. Tak tidur pun, sekadar nak cari pengalaman. Semua barang camping kebanyakannya aku pinjam adik lelaki aku punya sebab dia memang rajin bab-bab ni.
Tempat Menarik di Mersing, Johor
Peta ke Mersing
Persiapan Berkelah di pantai Mersing, Johor
Kami cuma beli baju mandi Adam, sand bucket, kipas mini dan sebuah kerusi lipat. Makanan pula aku prepare tuna sandwich, buah-buahan dan nugget goreng. Air tin, mineral dan air kotak susu aku beli di Eco dan Aeon. Untuk air gas aku beli Vida Zero dan 100plus Zero yang bermaksud kosong kalori kerana ia menggunakan artificial sweetener seperti sucralose dan aspartame. Geng tengah diet tak perlu risau nak minum. Air mineral 4 botol aku bekukan dulu sebelum simpan dalam bekas Toyogo. Itu mak aku punya tu niaga nasi haha... Memang function sebab air masih sejuk sampai ke petang. Jimat duit tak perlu beli air.
Baca juga:
Pantai Air Papan Mersing
Perjalanan dimulakan seawal pagi ke Mersing. Lalu lintas lancar dan kami sampai pada pukul 9.00 pagi di pantai Air Papan. Banyak khemah dah dipacak juga waktu kami tiba, nasib baik ada tempat redup yang masih kosong di kawasan dalam. Park kereta dan pasang khemah di tepi. Ada seorang pak cik yang collect duit parking RM3.00. Adam pula sejak dapat mandi di Gunung Belumut excited betul nak main air. Tak sabar-sabar nak ke pantai. Kami makan dulu sebelum turun main air. Cuaca hari tu sangat menyebelahi kami, sedikit redup kerana kira-kira pukul 1.00 petang hujan turun.
Teluk Buih
Kami decide ke Teluk Buih yang dekat sahaja dengan Air Papan. Kalau masuk ke Air Papan memang akan nampak signboard ke Teluk Buih. Mereka baru bangunkan tempat ni dengan pembinaan chalet Kampung Stay dan kedai makan floating deck iaitu Kuntum yang dibuka untuk pengunjung luar juga. Chalet Kampung Stay berharga kira-kira RM400-500 semalam. Kawan husband kata patut cuba asam pedas di warung sebelah sebab sedap tapi ramai orang pula waktu tu. Jadi kami makan di Kuntum sahaja. Suasana sangat cantik sebab ada jeti dan bot nelayan yang ditambat di situ. Kalau nak beli ikan segar, pasar nelayan ada di sebelah warung asam pedas tu. Terus terfikir kalau nak masak ikan bakar atau seafood waktu camping nanti bolehlah beli di sini kan.
Tempahan chalet Kampung Stay
Alamat: KampungStay@TelukBuih, Jalan Teluk Buih, Air Papan, Mersing, Malaysia
No Telefon: 018-772 3947
Email: kgstaytelukbuih@gmail.com
No Telefon: 018-772 3947
Email: kgstaytelukbuih@gmail.com
Facebook: Kampung Stay Teluk Buih
6 Ulasan
VIDA tu... sedap betul!
BalasPadamSusah sikitlah nak cari nasi dagang yang betul-betul sedap.
Ye kak Amie.. husband minat pula makanan yang susah nak buat macam ni haha
Padamsama la kita..gi bawak anak2 mandi laut
BalasPadamSeronok kan. Saya pun excited lama tak mandi haha
Padambestnya piknik2 tepi pantai. mama dulu masa ke air papan masa kecil lagi
BalasPadamsama childhood memory juga ni. skg bagi anak rasa pula
Padam