Husband memang selalu ajak aku dan Adam follow dia outstation, tak jauh sangatlah dalam Malaysia juga haha. Masa puasa hari tu ke Tangkak dan Muar. Dapatlah tengok Gunung Ledang dari jauh. Paling kerap ke Johor Bahru sebab kilang printing ada dekat sana.
Jarang dapat foodhunting viral street food sebab masa terhad dan cuaca panas. Berangan nak makan nasi kandar, nasi lemak, cendol, popia basah. Selalunya end up ke mall. Hari tu kami ke Paradigm Mall dan IKEA Tebrau/Toppen.
Paradigm Mall
Window shopping sahaja. Dekat sini ada Sukiya yang viral tu dan ice-skating tak silap. Mall yang agak menarik dan besar. Sehari jalan memang tak habis pusing.
Harga:
IKEA Tebrau dan Toppen
Actually aku tak tahu aku akan jumpa Toppen Mall sekali sebab target pergi IKEA. Rupanya memang satu tempat. Patutlah interior design moden dan banyak spot untuk OOTD. Jauh juga nak ke restoran di tingkat satu, asyik jumpa Bistro/Cafe yang jual makanan ringan, aiskrim dan kopi. Orang kata karipap IKEA sedap ye, tapi masa tu dah kenyang tak rasa nak beli pula. Masa otw nak balik 9.30 malam bistro dah tutup.
Ini kali kedua makan di IKEA. First time masa di Damansara. Nasib baik dah tengok video cara nak ambil makanan, tak la blur sangat kan haha. Ala-ala di kantin sekolah kena beratur. Cara-caranya:
1. First ambil troli dan letak dulang. Aku letak dua, kalau plan nak makan banyak boleh letak lebih. Sambil tunggu boleh scan QR menu.
2. Ambil gelas untuk air sejuk dan cawan untuk air panas ikut berapa orang nak minum. Air free flow ambil di kaunter luar nanti lepas bayar. Air sejuk ada coke no sugar, lingonberry dan raspberry sparkling less sweet. Teh dan kopi bancuh sendiri gula/krimer. Air botol mineral pun ada.
3. Kita akan sampai di section dessert dulu boleh pilih nak ambil biskut, kek almond, kek coklat Daim, kek rainbow ke. Ada salad dan buah juga di section ni. Kek almond ok not bad rasa rich dengan kekacang, not too sweet tapi potongan kecil.
4. Lepas tu baru main dish. Wajib cuma di IKEA of course Swedish meatball. Actually first time kami cuba, dia terus bagi 16 biji! Padahal boleh je minta 8 biji. Actually husband nak kids meal je 5 biji haha. Menu lain ada nasi briyani lamb shank, ribs, pasta, chicken wings, salmon.
Chicken wings ni actually ada versi salted egg, BBQ. Yang original ni aku rasa biasa sangat, flavour kurang. Better makan korean chicken wings pedas-pedas.
5. Pastries dan side dish waktu kami pergi tak ada sangat. Masa di Damansara ada cinnamon rolls dan muffin. Mushroom soup (out of stock!) boleh pair dengan garlic bread. Ada wanton, popia goreng dan lasagna. Rasa nak ambil semua tapi percayalah meatball pun dah kenyang.
7. Pergi ke kaunter dan cashier akan kira makanan dekat troli dan bayar. Masa dekat area ni ada aiskrim dan coklat kalau berminat nak beli.
6. Kalau tak habis atau nak take away boleh beli bekas tapau kertas RM1. Boleh juga nak microwave kalau makanan dah sejuk. Wajib cuba mustard sebab memang sedap, kurangkan muak masa makan meatball.
Fries RM4.50
8 Meatballs RM11.00
6 chicken wings RM18.50
Almond Cake RM6.90
Gelato Choc RM7.50
Cold Drink Rm2.50
Dark Chocolate RM5.50
Total 3 orang makan RM58.90
Husband bagitahu dia letih jadi kami singgah Starbucks beli iced latte dan donut, bukan nonut ye! Haha. Donut petak viral ni sedap dah dengan gula sahaja, lembut gebu. Walaupun drive thru, waiting time tak secepat McDonald's sebab mereka buat fresh masa kita dah sampai kiosk bayaran.
Pukul 1 pagi baru sampai Kluang. Actually husband ada kata nak tidur semalaman dulu, tapi kami tak pernah check in mana-mana hotel bajet setakat ni. Kalau ada suggestion komen ye!
6 Comments
next time datang JB boleh roger-roger..boleh mengopi ek heheh
ReplyDeleteInshaAllah next time kita roger!
Deletejamni nk check-in hotel senang dan mudah je guna apps., hehe
ReplyDeleteAhah betul juga tu, nanti saya explore. OYO ye wak hehe
DeleteDi JB rasanya takde masalah nak cari hotel bajet yg elok. Saya teringat pengalaman booking hotel di kuantan satu masa dulu, rupa2nya booking tu pelesu. Dah la malam tu ada karnival Jom Heboh, last2 terpaksa la tido kat rumah tumpangan kat Kuantan. Esok paginya kena serbu Jabatan Agama Islam hahaha! Nasib baik bawak mak dgn baby sekali :D
ReplyDeleteNasib baik dapat tempat nak crash juga kan. Lawaklah kena ambush tu haha.. saya dah la tak buat kad nikah. Tunjuk anak je pun boleh kan hehe
Delete