Secret Recipe Buy 1 Free 1 guna voucher Lazada

Minggu lepas Rin makan di Secret Recipe guna voucher Lazada, first time beli voucher makanan di atas talian. 

Ada promosi 3 jenis makanan Buy 1 Free 1 iaitu spaghetti meatball chicken, shrimp aglio olio dan tomyam noodle selama 3 hari iaitu 7 hingga 9 Julai 2023. 

Sebelum beli voucher, Rin tanya husband ok tak nak dinner di Secret Recipe? Dia kata on, kita pun on la ke Kluang Mall.

secret recipe lazada



Secret Recipe Buy 1 Free 1 guna voucher Lazada

Rin beli spaghetti meatball chicken, dapat 2 set dengan harga RM22.50. Portion besar dengan 6 ketul meatball. 

Walaupun meatball agak sedikit masin, Rin pecahkan meatball dan gaul sekali dengan sos tomato/bolognese untuk rasa yang lebih seimbang. Spaghetti terasa al dente dengan rasa tomato yang fresh tak terlalu masam.

Untuk minuman pula, Rin guna voucher Buy 1 Free 1 dari app Secret Recipe. Dapat 2 minuman dengan harga RM10.90 iaitu iced chocolate with whipped cream dan iced salted caramel latte.
 
Mereka buat tak terlalu manis dan rasa kopi masih ada. Iced chocolate pula sedap tapi kurang pekat. 

Bagi sesetengah orang mungkin agak mahal tapi memandangkan dining experience dan kualiti makanan/minuman di Secret Recipe standard kafe terkenal, agak berbaloi. Bukan selalu kan. 

Secret Recipe juga ada jual cash voucher RM50 dan RM10 serta promosi kek mengikut musim. 

Bukan hanya Secret Recipe, banyak F&B lain yang tawarkan diskaun melalui eCoupon di aplikasi Lazada dan Shopee seperti Tealive, ZUS Coffee, Mcdonald's dan Old Town White Coffee. Boleh join telegram Rin untuk update terkini https://t.me/kakifreebies

secret recipe lazada




Cara beli voucher Secret Recipe 

  • Masuk ke app Lazada dan cari kedai Secret Recipe
  • Pilih voucher yang kita nak beli 
  • Terus checkout dan bayar 
  • Voucher akan dihantar terus ke bahagian "Messages"
  • Voucher valid selama sebulan 
  • Pergi ke Secret Recipe terdekat untuk redeem 

Cara redeem voucher Secret Recipe

  • Bila dah sampai Secret Recipe, buka semula voucher dan letak lokasi outlet 
  • Cashier di Secret Recipe minta Rin display QR code dan dia akan scan 
  • Tunggu hidangan dihantar




Cara redeem voucher Buy 1 Free 1 beverage di app Secret Recipe 

  • Download app Secret Recipe dan register seperti biasa 
  • Pergi ke bahagian reward dan save voucher Buy 1 Free 1 
  • Redeem bila nak guna sebab valid untuk 1 hari sahaja lepas tekan redeem 
  • Order 2 minuman pilihan dan masa nak bayar baru scan barcode voucher 
  • Voucher ni setiap hari ada, boleh guna banyak kali
Air yang kita boleh pilih:
  • iced chocolate with whipped cream
  • iced hazelnut latte
  • iced caramel latte
  • iced salted caramel latte
  • iced blended cappuccino
  • iced caramel blended matcha,
  • ice blended strawberry white chocolate,
  • ice blended vanilla mocha
  • iced blended caramel chocolate
Promosi ini tamat pada 31 Ogos 2023.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Menariknya dunia jual beli secara online.
    Saya belum cuba lagi.
    Tq for sharing.

    BalasPadam

Close Menu