Cara buat video Tiktok : POV Seorang Food Reviewer Tiktok pemula

Selamat tahun baru 2024 to all my lovely followers. Post kali ni mungkin agak sedikit personal semenjak Rin tukar gaya penulisan blog ini lebih ke arah informatif dan serius. 

Rin nak ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan kalian kerana sudi menjadikan blog Rin sebagai website rujukan walaupun blog ini kerdil. 

Tahun 2022-2023 Rin berpeluang untuk mengumpul resipi viral, review kedai, fast food dan lokasi menarik di Kluang terutamanya dan berkongsi beberapa travelog percutian di dalam Malaysia. 

Blogger kepada Tiktok-er

Semenjak beberapa bulan yang lalu Rin mengambil keputusan untuk aktif di Tiktok bagi mempromosikan tempat makan yang Rin pernah pergi. Ada beberapa tempat yang Rin review secara percuma dan paid review. 

Secara jujurnya untuk keluar dari kepompong blog yang hanya menggunakan medium penulisan kepada medium video agak mencabar bagi Rin. Di blog, Rin masih boleh kekal separa "anonymous" manakala di Tiktok ramai akan mengenali wajah kita. 

Cara buat video Tiktok

Perkara pertama yang Rin belajar sebagai Tiktok-er adalah content yang bermanfaat dan selebihnya adalah pada teknikal terutamanya kualiti video dan audio. 

Memandangkan Tiktok sudah menjadi "Google" kebanyakan orang, video yang padat dengan informasi sangat mudah untuk FYP. Lengkapkan dengan tag pemilik peniagaan dan lokasi kedai makan. Mudah untuk dirujuk. 

Video pula cuba sedaya upaya untuk rakam video HD iaitu pada frame 9:16, resolution 1080p dan frame rate 30. Setakat ini walaupun bukan dengan Iphone, video Rin tidak blur atau kelabu. Pastikan pencahayaan terang dan gunakan tripod jika perlu. 

Satu lagi perkara ialah pilih satu niche untuk kita fokuskan. Rin kekalkan niche makanan dan minuman. Jika ingin cover niche lain seperti fesyen atau skincare, better wujudkan beberapa akaun. 

Akhir tahun yang lalu, Rin belajar bukan video sahaja boleh FYP. Slide show bergambar juga menjadi pilihan ramai pengguna Tiktok untuk dapatkan info. 


@aqilarins Bila datang Muar memang banyak makanan kena cuba, tak cukup satu hari nak explore! #kopi434muar #muar #kluangfoodie #foodie #kopigajah #kopitiam #kekdurian #butterkayatoast ♬ Lagu - Bedroom Sanctuary


Tipu jika Rin katakan tiada rasa takut untuk berhadapan dengan realiti media sosial yang "harsh". Tidak semua akan setuju dengan pendapat kita dan cenderung untuk memberikan komen negatif. Apatah lagi untuk dikenali umum sebagai food reviewer/tiktok-er. 

Untuk memberikan review jujur di blog pun Rin sedikit risau jika hasilnya menjatuhkan perniagaan orang lain. Tiada niat selain memberi kritikan membina supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa tidak terus sahaja komen kepada peniaga? 

Jujur Rin sedikit takut untuk terus berkomunikasi justeru itulah blog menjadi medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan. Namun begitu, sekarang Rin cuba untuk terus memberi pendapat jika ada sebarang kekurangan. 

Jika kalian perasan, Rin akan sedaya upaya mencari kelebihan berbanding kekurangan supaya tidak menjatuhkan motivasi mana-mana pihak. Jika ada mana-mana post yang perlu diturunkan, Rin boleh terima dengan hati terbuka. Namun begitu tiada sebarang feedback yang sedemikian. 

Kesihatan minda

Berbeza dengan blog, reach dan engagement Tiktok lebih tinggi dan mudah viral. Cuma boleh jadi viral asbab positif atau negatif. Barulah Rin faham realiti hidup seorang influencer yang sentiasa dalam kerisauan atau anxiety. Kalau tidak kuat, memang boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada kesihatan minda. 

Sering Rin ingatkan diri supaya tidak terlalu "absorb" komen negatif kerana tidak semua perkara boleh dikawal dan tanggungjawab kita hanyalah untuk memberi exposure. Citarasa dan budaya pemakanan yang berbeza turut menjadi punca perbezaan pendapat. 

Cuma kita kena ingat tak semua orang ada ilmu memberi kritikan, ada sesetengah hanya berpandukan emosi dan khabar angin. 

Selain itu, berhati-hati dengan FOMO (fear of missing out) untuk mencuba trend dan makanan viral sehingga mengundangkan lebih keburukan berbanding kebaikan. Sentiasa letakkan bajet dan berpada-pada untuk berbelanja.

Kesihatan fizikal

Perkara kedua yang Rin ingin kongsikan ialah berkenaan risiko kesihatan yang datang jika menceburkan bidang dalam niche makanan dan minuman. Kita tidak lari untuk mencuba makanan tinggi kalori dan gula terutamanya dessert viral. 

Sejak awal tahun 2023, Rin usahakan untuk mengawal pengambilan makanan dan lebih banyak berkongsi bersama suami dan anak. Food hunting hanya pada hujung minggu, selebihnya masakan rumah.

Tiada alasan untuk mengabaikan kesihatan diri walaupun bidang ini punca rezeki kita. Peringatan ini Rin ingin kongsikan bersama sahabat food reviewer di luar sana kerana Rin telah mengalaminya sendiri. Lebihkan senaman dan kekal aktif itu yang penting. 

Teruskan menyokong Rin dan sahabat blogger yang lain ye! InshaAllah tahun 2024 lebih banyak content yang bermanfaat untuk semua.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wah tahniah rin, mama masih tak pandai lagi main dgn tiktok

    BalasPadam

Close Menu