ZUS Coffee campur Pepsi? Penggemar Americano mesti suka!

ZUS Coffee makin berani keluarkan menu kopi baru sekarang, collab dengan syarikat besar Pepsi. Kalau dulu kopi sering dikaitkan dengan puisi cinta, tapi sekarang kopi adalah "adulting"! 

Siapa setuju kalau tak minum kopi tak boleh function langsung seharian. Jadi kopi Gen Y macam Rin suka minum ni lagi pahit lagi sedap, murah dan of course rendah kalori. 

zus coffee

ZUS Coffee X Pepsi 

ZUS Coffee melebarkan legasi perniagaan mereka dengan kerjasama bersama syarikat gergasi Pepsi. Ada 2 jenis variasi untuk kolaborasi kali ini iaitu Pepsi Sour dan Pepsi Cloud. 
  1. Pepsi Sour berharga RM9.90 adalah hasil campuran espresso, Pepsi Black dan Lemon 
  2. Pepsi Cloud berharga RM11.90 mengandungi espresso, Pepsi Black, velvet creme dan vanilla syrup.

Review Pepsi Sour 

Pepsi Sour mempunyai rasa pahit kopi bergas, sedikit masam dan slightly manis. Jangan risau kerana rasa manis adalah daripada pemanis tiruan 0 kalori Pepsi Black. 

Bagi penggemar Americano yang sukakan rasa pahit pada minuman mereka, Pepsi Sour mesti menjadi pilihan kedua kerana lebih menyegarkan dalam masa yang sama masih memberi "kick". 

Boleh dikatakan Pepsi Sour mild version menu ZUS Coffee yang agak laris iaitu Thunder (Honey Lemon Espresso Tonic). 

Rin tak cuba lagi Pepsi Cloud tapi banyak yang memberi review positif dan menyifatkan air ini seakan-akan menikmati float A&W Root Beer. 

Beli drip bag coffee ZUS Coffee di Shopee

Actually Rin baru tahu ZUS Coffee jual produk drip bag coffee di Shopee. Untuk 7 drip bag berharga RM20.90. Ada 2 jenis biji kopi yang boleh dipilih iaitu:


Varietal: Mixed Heirloom 
Process: Natural Cupping 
Notes: Fruity, Floral & Tea 
Acidity: 4/5 
Sweetness: 4/5 
Body/Mouthfeel: 4/5 
Bitterness: 2/5

Varietal: Boubon, Ieatu 
Process: Natural Cupping 
Notes: Nutty, Dark Chocolate & Caramel 
Acidity: 3/5 
Sweetness: 3/5 
Body/Mouthfeel: 3/5 
Bitterness: 4/5

Apa itu drip bag coffee?

Secara umumnya drip bag coffee adalah biji kopi yang sudah siap dikisar halus, dimasukkan ke dalam uncang kertas filter. Sama seperti kopi uncang kampung, tiada hampas kopi yang akan tersisa ke dalam minuman. Bezanya, teknik pour-over digunakan untuk mengekstrak kopi yang lebih sedap. 

Bagi penggemar Americano, drip bag coffee adalah salah satu alternatif manual brew untuk menikmati kopi di rumah dengan kos yang lebih rendah tanpa memerlukan mesin yang mahal.

Kaedah pour-over drip bag coffee

Peralatan yang diperlukan sangat ringkas iaitu drip bag coffee, cawan dan air panas. Namun begitu, beberapa teknik boleh digunakan untuk mendapatkan hasil seduhan yang sempurna. 


Ratakan serbuk kopi 

Sebelum letak drip bag di atas cawan, ketuk sedikit untuk mampatkan serbuk kopi di dasar kantung. Kaedah ini memudahkan kopi diekstrak dengan maksimum. 

Suhu air panas sekitar 80-90℃

Secara optimumnya suhu yang ingin digunakan ialah 87℃, mudah jika ada thermometer untuk menentukan suhu air kerana air yang terlalu panas boleh merosakkan serbuk kopi. 

Jika tiada thermometer, air yang sudah mendidih direhatkan selama 5 minit sebelum digunakan. 

Jumlah air yang diperlukan 

Bagi 10gram serbuk kopi, jumlah air panas yang diperlukan ialah sekitar 150-160ml sahaja. Jika terlalu pekat jumlah air yang disyorkan tak melebihi 200ml iaitu 185-190ml bagi mengelakkan kopi terlalu cair. 

Pour over yang konsisten 

Gunakan teko atau bekas bermuncung kecil untuk untuk menghasilkan aliran air yang konsisten semasa menuang ke atas serbuk kopi. 

Teknik bloom 

Tuang 20ml air untuk membasahkan kantung dan serbuk kopi dan biarkan selama 30 saat untuk proses blooming. Lalu tuangkan baki air secara perlahan dan konsisten dengan membuat pusingan kecil selama 1 minit. 

Buang drip bag dan nikmati kopi anda! 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. me me.. ..mesti nak kopi hari2....
    and Zus my currently fav ... sedap, senang nak dpt sbb dah makin byk branch nya & reasonable price... yezzaaa... but so far x pernah try lagi yg zus colab ngan pepsi ni

    BalasPadam
  2. mama x penah lagi minum kopi jenis fini.. mama on suka zus gak

    BalasPadam
  3. Zus coffee ni memang favourite. drip coffee pon favourite. So, wajib try ni. hehehe

    BalasPadam

Close Menu