Sempena bulan kemerdekaan, of course Rin akan bercakap tentang nasi lemak lagi. Rin ada makan nasi lemak di Kluang Rail Coffee Jalan Duku. In case kalau cawangan original di stesen keretapi penuh, boleh ke outlet ni.
Kluang Rail Coffee Jalan Duku
Presentation biasa sahaja, tapi basic kesedapan nasi lemak tu ada. Ayam dekat sini boneless chicken thighs. Nasi ada rasa lemak santan, sambal pekat ok taklah manis. Ada orang complaint banyak sambal nasi lemak manis ye di Johor?
Basic condiment nasi lemak lengkap, ada ikan bilis dan kacang tanah, sehiris timun. Walaupun order nasi lemak ayam goreng, telur rebus disertakan sekali. Sebab ada isu kan telur "hilang" bila beli nasi lemak berlauk.
Kluang Rail Coffee Target Grand Parkland
Satu lagi hidangan istimewa yang boleh dicuba ialah Laksa Johor. Rin jarang makan laksa Johor, gerai yang jual pun kurang di sini. Pernah makan sekali di kedai makan Redup, nanti Rin review. Oh di Ngepot ada juga tak silap.





6 Comments
Laksa johor guna spaghetti memang ada kelainan dan ada kesedapan tersendiri..
ReplyDeleteNampak ramai dah reveiw Kluang Rail Coffee.. moga ada kesempatan untuk mencuba juga..
Ada cawangan lain Kluang Rail Coffee.
ReplyDeletePersembahan makanan nampak menyelerakan. Entah bila dapat cuba.
Bukan sebparuh saja telur rebusnya, sebiji terus. Memang puashati makan kan
ReplyDeleteDalam banyak2 laksa, laksa Johor memang top list uncle.... Tapi nak jumpa yang betul2 sedap agak susah
ReplyDeleteKiranya kuah dia tak konsisten lah juga ye kejap cair kejap pekat. Tapi kalau sedap okay je kan. Suka juga jenis laksa Johor yang tak bergenang minyak. Barulah sedap dimakan.
ReplyDeleteDuuuuh sedap2 ini nampak nya 😍😍😍😍. Laksa Johor fav saya jugaaaa. Makanya kalau ke JB nanti, mau cari tempat2 yg jual laksa Johor sedap ❤️
ReplyDelete