Nasi lemak Tea Garden

Pergi mana-mana kopitiam di Kluang, nasi lemak antara menu yang Rin akan cuba. Sebab semua bangsa suka nasi lemak, jadi kopitiam akan all out pada resipi nasi lemak mereka. 

Tengok saja pada persembahan nasi lemak Tea Garden, lengkap condiment dan side dish. Siap ada extra acar sayur (ada kacang tanah). 

Nasi wangi dan cukup lemak bersantan. Sambal pedas, seimbang masin, manis sederhana sayangnya kena add on kalau nak lebih. Untuk Rin memang tak cukup, kuat makan sambal. 

Ayam goreng salutan tepung nipis tapi rangup. Isi masih juicy. Berbanding dengan Kluang Rail Coffee, di sana mereka bagi boneless chicken thighs. 


Kali ni husband cuba wantan mee Tea Garden. Ok la not bad. Cuma portion ayam agak kecil dan sedikit dry. Wantan goreng rangup dan filling sedap. Ada order roti koko kukus bersama butter juga. 


Post a Comment

0 Comments