Kopi 434 Muar & Mee Bandung Muar

Kalau singgah Kopi 434 Muar, wajib cuba kek durian mereka. Kek durian ni makcik Rin yang recommend sewaktu ziarah nenek dan arwah atuk di Sungai Kelat. 

Kopi 434 Muar 

Alamat: 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 8.00 pagi - 5.30 petang 


Setiap layer kek penuh dengan puri durian yang berlemak dan krim tak terlalu manis. Kek span pula lembut. Memang tak cukup kalau berkongsi dengan husband. Kena pula dengan kopi O kosong yang pahit. 

Otak-otak Rin ada cuba juga itupun lepas nampak review YB Syed Saddiq dia kata Muar popular dengan otak-otak. Ada 2 jenis otak-otak, yang dibungkus dalam daun kelapa dan dikukus dalam bekas. Selalunya otak-otak petak dihidang sebagai side dish mihun goreng, nasi lemak. 

Mee Bandung Hajah Milah 

Alamat: 116, Jalan Maharani, Bandar Diraja, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 10.00 pagi - 11.00 malam (Isnin Cuti)


Muar juga popular dengan mee bandung. Rin makan dekat Mee Bandung Hajah Milah, sebab sederet dengan kedai kopi 434 jadi kami jalan kaki sahaja (parking susah sini!) Husband pesan rojak petis tempe. Ole-ole yang boleh dibeli di sini ialah mi siput dan biskut margerine gula. Addictive kalau dah mula makan, crunchy! 

Mee Bandung Udang Galah 

Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (Rabu Cuti)



Malam pun pekena mee bandung, kami makan di Mee Bandung Udang Galah. Nampak ada orang kipas sate terus order sate ayam dan daging. Memang puas hati makan di sini. Yang Rin perasan kuah mee bandung lebih rasa udang kering/geragau. Kuah tak pekat sangat, tapi cukup rasa. 


Bako-bako & Salai-salai Haji Olie

Alamat: 16, Jln Bentayan, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 10.00 pagi -11.00 malam 
 

Asam pedas antara menu yang wajib cuba di Muar juga. Kedai Haji Olie menyajikan asam pedas sehingga malam, jadi Rin decide untuk makan di sini. Husband pula makan ayam salai masak lemak cili api. Sedap juga masakan di sini. Kuah asam pedas pekat. 



Post a Comment

2 Comments

  1. Sate Muo memang sedap kan... Pagi² dah ada satenya

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sedapnya semuaaaa 😍😍😍😍. Tapi semua di Muar yaa. Lumayan jauh dari tempat saya menginap di JB nanti 😅😅. Rasa2nya tak sempat nak coba. Tp blog Rin memang jadi referensi saya kalau nak cari kuliner di Johor lah

    ReplyDelete