Dessert Cafe Kluang Four Beans & Duricoco

Dessert cafe Four Beans di Kluang ni Rin mula pergi pada akhir tahun 2023 selepas mereka disahkan halal. Dessert bertemakan taufufah & pelbagai topping inspirasi dari Taiwan. Kalau rasa tak nak makan taufufah, mereka juga ada bingsu pelbagai perisa dengan topping buah-buahan. 

Rin selalu beli bila ada promosi Buy 1 Free 1 di Grab, RM20 dapat 2 set taufufah berbanding walk-in kedai harga agak mahal around RM15-16 untuk satu. 

Siapa suka bubur candil, topping taufufah ni adalah berasaskan ubi-ubian yang dicampur tepung ubi, teksturnya chewy. Selain itu ada topping puding caramel, kacang, cincau dan jelly. 



Satu lagi dessert cafe yang Rin pergi ialah Duricoco. Minuman mereka bertemakan air kelapa dan durian. Kalau tengah craving coconut milkshake boleh cuba air mereka, rasa premium dan tak terlalu manis. 

Untuk dessert, mereka ada coconut milk pudding bersama topping ice cream kelapa/durian dan pearls. Sekarang ni mereka dah tambah banyak lagi topping macam cendol, kacang merah, puri durian dan taro balls.  

Puri durian mereka adalah gabungan pelbagai durian seperti D24 dan duria kahwin yang lain. 




Post a Comment

0 Comments