Matcha atau kopi? Kalau ada baca coretan Rin berkenaan kopi sewaktu mengandung anak pertama, kopi pertama Rin adalah mocha McD sebelum beralih kepada latte. Lega sangat dapat kopi waktu tengah mual alahan mengandung.
Setelah itu, Rin mula explore kopi brew dan beberapa franchise yang terkenal seperti Starbucks, CBTL dan ZUS Coffee. Memandangkan Kluang bandar kopitiam, sayang kalau tak explore kopi kampung seperti Cap TV, MyKluang dan Kluang Rail Coffee. Kopi C kosong, memang piaw!
Matcha mula muncul sebagai minuman favorite Gen Z, selain franchise besar banyak juga kafe lokal yang mula memperkenal matcha disamping kopi brew. Bila dah ramai jual matcha, memang nampak cara penyediaan, gred/kualiti serbuk matcha yang digunakan mempengaruhi rasa minuman.
Mixue
Lambakan franchise "Ice-cream & Tea" juga mula membanjiri bandar Kluang. Yang paling awal Mixue, diikuti Wedrink (baru ditutup), Ai-Cha, Momoyo, Bingxue & BingChun. Masa Mixue jual Matcha Boba Creamy (seasonal) Rin sempat rasa, surprisingly sedap & pekat.
ZUS Coffee
Lokal Kafe
Momoyo
Momoyo pula baru release matcha series juga dan ada buat upgrade 20% yang terbaru Rin tak sempat rasa. Masa awal keluar, matcha Momoyo buat promosi Buy 1 Free 1. Rin beli Matcha Strawberry dan free Matcha Ice cream Milktea. Rin request no sugar.
Bagi Rin, memang kurang kaw rasa matcha tapi still refreshing. Sedut slow² dapat lah enjoy rasa umami matcha tu. Overall lebih rasa milky & creamy sahaja.








0 Comments