Puding Karamel Che Nom

Puding karamel ni bukan kali pertama Rin cuba tapi hasil kali ni paling love! Alhamdulillah. Sebelum ni Rin kukus, api terlalu kuat rasanya tekstur tak cantik. Bila Rin guna teknik waterbath bakar dalam oven, dapat tekstur silky smooth. Tak ada lubang-lubang. 

Masa demam Quesillo, Rin tahan je diri daripada beli sebab Rin jenis "baik buat", dapat muai dengan kos yang rendah. InshaAllah kalau jadi nanti Rin kongsikan di sini. 

Resipi Puding Karamel Che Nom 

Gula karamel:
1/3 cawan gula 
2 sb air

Panaskan dengan api kecil hingga keperangan/amber. Tak perlu kacau hanya goyangkan kuali. 

Adunan puding:
2 cawan susu full cream
½ cawan gula (Rin kurangkan sikit)
1 sk esen vanila
4 biji telur saiz B
1 kuning telur
Secubit garam

Untuk puding karamel:
  1. Campur telur, gula, esen vanilla dan garam lalu kacau perlahan (jangan pukul terlalu kuat).
  2. Panaskan susu hingga suam (ada wap sedikit, jangan sampai mendidih)
  3. Tuang susu panas sedikit demi sedikit ke dalam telur sambil terus kacau.
  4. Bila campuran telur sudah suam, baru masukkan baki susu.
  5. Tapis adunan sebelum masak.
Hasilnya: 

✅ Puding lebih licin
✅ Tidak berbau hanyir telur
✅ Tidak jadi berketul seperti telur masak

Tip: Jangan tuang semua susu panas terus ke telur kerana perubahan suhu mendadak akan menyebabkan telur bergumpal. 

Tutup loyang dengan aluminium foil dan letak air panas pada dulang oven. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 50 minit. 


Bila dah masak, sejukkan pada suhu bilik dan simpan dalam chiller semalaman sebelum dihidang. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Wah...menjadi ye.....kalau akak..x tau la boleh ke tak jadi macam tu..akak kalah dengan dessert..akak expert bab lauk pauk je..

    ReplyDelete