Ini kali pertama Rin explore Simpang Renggam untuk food hunting. Lalu FYP Tiktok restoran viral ni. Husband pula memang penggemar nasi arab. Jadi kami decide lunch di Nasi Arab Pakistan 4 bulan.
Nasi Arab Pakistan 4 bulan
Alamat: 301, Jalan SR/2, 86200 Simpang Renggam, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam
Rin minta husband pesan set terus, berbanding ambil ala carte. Set ayam dan lamb ni berharga RM55, 2 air dan 1 dessert. Istimewanya mereka menghidangkan chicken grill dan lamb grill - berbeza sedikit dari kedai arab tipikal.
Nasi lembut, cukup berperisa. Ayam dan kambing empuk seasoning pun sedap. Cuma salata harah (sos pedas) termanis pula. Jadi agak muak bila makan dengan nasi arab. Nasib baik ada cili hijau gigit sikit-sikit bagi potong muak.
Air habatussauda lemon refreshing dan tak terlalu manis. Dessert yang disediakan biasa-biasa sahaja, laici dan jelly. Mereka ada juga puding karamel dan kunafa pelbagai perisa.
Untuk Adam ada kid's meal siap free toys berharga RM15/set. Sebenarnya mereka campur nugget dan chicken rolls tapi kami minta semua nugget. Aleena macam biasa makan nasi arab dengan kami. Alhamdulillah tak picky macam abang dia.
Lokasi kedai actually macam kedai lot MPK, jadi suasana agak panas masa kami makan. Tapi pekedai ambil inisiatif sediakan kipas yang banyak. Nasi arab di sini boleh dikatakan fusion la, diolah berbeza dengan kedai arab yang lain.
Menu yang ditawarkan juga banyak, ada ayam gepuk dan western juga. Nasi putih berlauk pun ada. Sebab buka sampai malam, jadi menu banyak untuk cater semua jenis pelanggan. Ingat nak beli pizza untuk Adam tapi mereka jual pizza XL berharga RM48 😂



0 Comments