Cendol N' Crumbs

Cendol N' Crumbs ni husband nampak tepi jalan selepas transaksi beli CPU untuk office rumah. Husband jumpa penjual di Masai melalui Facebook Marketplace, jadi kami dari Kluang datang ke sana untuk COD sambil jalan-jalan. Husband kata jomlah singgah macam menarik je. So random ye! 

Cendol N' Crumbs

Alamat: 11, Jln Tembusu 1, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.30 malam


Menu utama mereka ialah cendol dan ABC, ada juga kek & pastries. Bila Rin baca google review ramai juga makan makanan berat dekat sini seperti ayam penyet, nasi lemak dan rojak. 

Kami pesan Cendol Durian dan ABC Special Ice Cream berharga RM13 setiap satu. Adam pula pantang nampak kek coklat terus nak. Rasa harga kek dalam range yang sama. 


Persembahan hidangan sangat cantik dan mengiurkan. ABC condiments meriah dengan bahan yang segar. Cendol durian pula menggunakan pes durian. Rasa lemak santan, lengkap dengan gula melaka yang manis. 

Cuma Rin kurang gemar kacang merah yang besar-besar macam ni sebab kurang rasa lemak (kurang empuk) berbanding jika mereka menggunakan kacang merah yang sedikit hancur. Siapa biasa makan Cendol Kadir di Kluang akan tahu rasa perbezaan kacang merah di sini.  

Post a Comment

5 Comments

  1. Suka cendol banyak kacang merah yang lembut, yang keras tak best lah kan.

    ReplyDelete
  2. Setuju, persembahan dia menarik. Senang juga nak makan kalau guna pes durian. Tak ada biji. Saya suka dua dua jenis kacang merah asalkan empuk cukup masak.Kita ni gigi manja tak boleh keras-keras.

    ReplyDelete
  3. Aduh menggoda keimanan sungguh ABC Aiskrim dgn Cendol Durian tu... Guna pes durian kalau sedap ok sgt if not takut lain rasanya..

    ReplyDelete
  4. celdol wajib dgn santan. dpt santan fresh lg bgs. kalau dgn yg lain mcm.susu cair ke apa ke mmg out!

    ReplyDelete
  5. Betuuul, kalau pakai kacang merah yg utuh begtu , jadi kurang rasa lemaknya. Saya pun LBH suka yg hancur.

    Aiiiih kalau jumpa cendol, memang semangat nak coba 😍😍. Apalagi pakai durian.

    Nasib baik di sini cendol banyak dijual juga. Apalagi kalah balik kampung ke tempat suami, disana cendol disebut Dawet Ayu. Pasti saya cari saat mudik 😄

    ReplyDelete