Kopi Santan ala Rembayung

Kopi santan ni popular sebab Khairul Aming & Rembayung atau sudah lama mendapat tempat di hati peminat kopi? Rin actually baru juga cuba kopi santan itupun sebab nak cari kelainan.

ZUS Coffee Iced coconut cafe latte

Pertama kali cuba coconut cafe latte satu pengalaman yang menarik. Gabungan espresso yang pahit dan barista coconut milk yang creamy, memang sedap. Kalau nak cakap ada wangi atau manis santan, sedikit sahaja. Rasa santan tak mengganggu terutamanya bagi peminat kopi susu lembu. 
 

Ai-Cha Coconut Latte 

First time beli kopi di Ai-Cha, selalunya beli kopi di Mixue. Ai-Cha guna mesin kopi seperti di Family Mart/7E Cafe. Jadi espresso yang digunakan segar dan pekat. Rin perasan mereka gunakan barista coconut milk juga tapi tak pasti brand apa. 

Coconut latte Ai-Cha tak kurang hebatnya. Mungkin ada sedikit kekurangan pada kualiti espresso berbanding ZUS Coffee tapi rasa setara sahaja.  

Beza susu lembu, susu oat dan santan 

Ciri

Susu Lembu

Susu Oat

Santan

Rasa

Berkrim, sedikit manis

Lembut, sedikit rasa oat

Kaya, berlemak, aroma kelapa

Tekstur

Krim sederhana

Smooth & ringan

Sangat pekat dan creamy

Padanan Kopi

Semua jenis kopi

Latte & flat white

Coconut latte

Foam

Sangat baik

Baik (barista)

Kurang stabil

Kalori

Sederhana

Sederhana

Tinggi

Protein

Tinggi

Rendah

Sangat rendah

Lemak

Sederhana

Rendah–sederhana

Sangat tinggi


Post a Comment

4 Comments

  1. Ohh sebab Rembayung ke dia jadi popular. Rasa macam dah lama ada dah kopi santan ni. Belum pernah cuba lagi mana-mana kopi santan. Boleh try nanti kalau teringin nak rasa.

    ReplyDelete
  2. Belum pernah mencuba campuran kelapa dgn coffee lagi setakat ini huhuu :D

    ReplyDelete
  3. ai cha ni sy selalu beli dia punya air peach + markisa. x penah bli yg lain😁

    ReplyDelete
  4. Pernah viral kopi santan di sini beberapa tahun lalu. Saya sempat suka, tp ada juga beberapa cafe yg racikannya tak sedap 😄. Jadi memang tergantung yg membuat. Kalau dapat yg sedap, memang sukaaaa.

    ReplyDelete