Nasi Ujang ialah salah satu "trademark" Kluang sebab asalnya memang dari sini. Jujur Rin cakap, nasi ujang hanya satu menu ringkas berasaskan cili padi & sos tiram - tak nak overclaim sedap sangat. Cuba dulu, baru komen macam mana.
Warung Fazrin
Alamat:Jalan Lambak, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 6.45 pagi - 2.00 pagi (Sarapan & Lunch/Makan Malam)
Niat nak datang Warung Fazrin sebab selalu beli nasi kerabu di Foodpanda tapi tak berkesempatan nak pergi pagi. Weekdays anak sekolah, husband kerja & Rin WFH. Sabtu pula husband half day, tunggu bos dia ubah hari kerja supaya dapat hujung minggu lama sikit.
Petang baru free Rin ajak husband makan sini. Kami pesan mi hailam & nasi putih daging masak ujang. Kebetulan nampak gerai sate dah mula berniaga kami pesan 5 cucuk sate ayam & 5 cucuk sate daging.



10 Comments
Terliurnya tengok sate dia!
ReplyDeleteNot bad!
DeleteMenarik, first time PH tahu ada menu ujang ni.
ReplyDeleteYe selalu orang ingat nasi bujang kan. Ni nasi ujang, lain sikit masakannya.
DeleteSamalah macam kak PH, first time tahu ada menu Ujang. Okaylah kalau semua kena dengan selera. Sate daging tu kadang ada juga yang liat tapi masih boleh kunyah jugalah. Ambil masa sikit nak telan tu.
ReplyDeleteKalau datang sini boleh cuba nasi ujang, kebanyakan kedai masak. Memang kena kunyah lama takut tercekik pula haha lagi-lagi part lemak dia tu
DeleteSi Ujang ke buat resipi ini? Pertama kali dengar.
ReplyDeleteHaaa asal nama tak pasti tapi memang ada kedai asal masih beroperasi. Mungkin nanti saya research lagi..
DeletePenasaran dengan rasa mi hailam. Ini jarang sangat ada di jakarta. Nantilah saat ke Malaysia lagi, nak cari juga. Unik nama warung..
ReplyDeleteUjang kalau dalam bahasa sini, itu panggilan untuk anak lelaki , biasanya di daerah Jawa barat
Mi hailam ni mungkin ada di kedai cina juga, mi kicap berkuah. Mungkin asal nama lauk dibuat oleh orang lelaki "ujang", sebab sini memang ramai komuniti Jawa.
Delete