Nasi Ujang Warung Fazrin Kluang

Nasi Ujang ialah salah satu "trademark" Kluang sebab asalnya memang dari sini. Jujur Rin cakap, nasi ujang hanya satu menu ringkas berasaskan cili padi & sos tiram - tak nak overclaim sedap sangat. Cuba dulu, baru komen macam mana. 

Warung Fazrin

Alamat:Jalan Lambak, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 6.45 pagi - 2.00 pagi (Sarapan & Lunch/Makan Malam) 


Niat nak datang Warung Fazrin sebab selalu beli nasi kerabu di Foodpanda tapi tak berkesempatan nak pergi pagi. Weekdays anak sekolah, husband kerja & Rin WFH. Sabtu pula husband half day, tunggu bos dia ubah hari kerja supaya dapat hujung minggu lama sikit. 

Petang baru free Rin ajak husband makan sini. Kami pesan mi hailam & nasi putih daging masak ujang. Kebetulan nampak gerai sate dah mula berniaga kami pesan 5 cucuk sate ayam & 5 cucuk sate daging. 


Mi hailam sedap secukup rasa husband kata. Yang penting tak masin. Ujang daging Rin pun ok secukup rasa, daging empuk. Ujang memang kena pedas-pedas baru compliment rasa sos tiram tu. Dekat sini nasi ujang berkuah, ada kedai yang buat versi kering. Telur dadar tu crispy style kedai thai. 


Sate ayam lembut, sate daging sedikit liat. Kuah kacang ok pedas manis. 

Post a Comment

10 Comments

  1. Menarik, first time PH tahu ada menu ujang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye selalu orang ingat nasi bujang kan. Ni nasi ujang, lain sikit masakannya.

      Delete
  2. Samalah macam kak PH, first time tahu ada menu Ujang. Okaylah kalau semua kena dengan selera. Sate daging tu kadang ada juga yang liat tapi masih boleh kunyah jugalah. Ambil masa sikit nak telan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang sini boleh cuba nasi ujang, kebanyakan kedai masak. Memang kena kunyah lama takut tercekik pula haha lagi-lagi part lemak dia tu

      Delete
  3. Si Ujang ke buat resipi ini? Pertama kali dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa asal nama tak pasti tapi memang ada kedai asal masih beroperasi. Mungkin nanti saya research lagi..

      Delete
  4. Penasaran dengan rasa mi hailam. Ini jarang sangat ada di jakarta. Nantilah saat ke Malaysia lagi, nak cari juga. Unik nama warung..

    Ujang kalau dalam bahasa sini, itu panggilan untuk anak lelaki , biasanya di daerah Jawa barat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi hailam ni mungkin ada di kedai cina juga, mi kicap berkuah. Mungkin asal nama lauk dibuat oleh orang lelaki "ujang", sebab sini memang ramai komuniti Jawa.

      Delete